04 December 2021

Happy Birthday Umar! 15 tahun kini

 Alhamdulillah hari ni birthday Umar yang ke 15.

Semalam dalam pukul 4 baru perasan ada 5 missed call dari no yang kita tau itu no public phone asrama Umar. HP saya tu memang dah nazak, selalunya jadi auto silent, tak dengar le jawabnya,

Dah jenuh cuba call mama baru dia call abahnya..rupanya petang semalam dia dah ready untuk dijemput pulang ke rumah sebab last belajar bersemuka, untuk seminggu terakhir minggu depan giliran dia belajar PDPR.

Allahu mamanya terlepas info ni , itu la banyak sangat benda dalam kepala, terjadi la salah faham duk ingatkan Umar balik minggu depan.

Apa pun Alhamdulillah, sekolah Umar tak la jauh mana dari rumah, sempat la terbang jemput dia hehe tak ada la, abah dia drive macam biasa je tak ada la pecut pun, dia pun masih kat surau untuk solat Asar ketika kami sampai.

Lepas tu dalam kereta dia cakap, ingatkan kali ni dapat la celebrate birthday dengan kawan-kawan di asrama rupanya minggu depan dah PDPR, jadi kena balik, dia pun duk ingat dia berada di asrama hingga 10/12/21, ni sebab mama dia la duk pesan kat dia berkali  kali, nanti jumpa 10/12/21.

Bila dia sebut celebrate birthday, kami laki bini serentak aaah laaa esok birhday Umar  ( nampak sangat kami dah tua, anak 3 je pun tp asyik lupa je tarikh birthday).

Tak tau nak beli apa hari ni untuk makan makan anak beranak, kami semua simple je kalau celebrate birthday, ada anak yang tak suka kek bagai ni ( Umar tak minat) , dia suka makan fast food. Senang cerita tanya je kang tuan punya badan, nak order apa ye nanti? Haa kang dia dah bagitau order je la, lepas tu makan 5 beranak. Senang je kan? 

Alhamdulillah Umar membesar sihat sempurna walaupun sepanjang menuju 15 tahun ni macam-macam jugak la ceritanya. Mama doakan Umar terus berada di dalam bimbingan Allah, panduan Allah, rahmat dan kasih sayang Allah, moga Umar kurangkan sikit kesukaan kepada games, tukar cita-cita nak jadi Gamer kepada cita-cita yang lebih baik untuk dunia dan akhirat, moga Umar diberi kefahaman tentang kehidupan di akhirat, diberi akal fikiran yang cerdas dan waras, hamba yang soleh, anak yang soleh. Taat dan hormat juga kepada guru dan ustaz ustazah, orang tua dan sesiapa jua.



Dan panjang lagi doa mama yang sentiasa mama titipkan tiap kali lepas solat.

Amiiin.

Gambar lama, sekarang susah benar nak snap gambar dia, macam la kalau kita snap gambar dia boleh bertukar jadi putera katak ke apa.



No comments:

Post a Comment