Musim Orang Bercuti

 Dah masuk akhir tahun, semua pun dah boleh rentas negeri, rentas negara, kalau tengok di media social ramai yang update pergi bercuti sana sini.

Kak Aya tumpang gembira tengok orang bercuti je la, tumpang cuci mata sama.

Buat masa ni kelaurga kecil kami tak keman-mana hatta balik ke Terengganu pun belum ada plan kerana ada yang sedang tak sihat.

Last balik Terengganu pada akhir Nov 2020, dah setahun la maknanya Kak Aya tak jejak kampung halaman.

Insyaallah sampai masa kita balik juga nanti.

Last bercuti selain balik kampung pulak rasanya macam yang pergi Pulau Redang tu, hi hi tahun 2018 lepas tu tak ke mana la kita .

Bak kata Nadhirah, hidup kita ni biasa-biasa sangat kan, ma?

Hmm faham perasaan dia di sebalik pertanyaan tu, lagi pun dengan usia dia sekarang ni memang la ada keinginan untuk bercuti macam kawan-kawan dia yang lain.

Tapi dengan usia dia sekarang jugak dia tau macam mana nak handle rasa tu.

Kak Aya yakin dia sangat faham kehidupan setiap orang tu berbeza dan yang paling paling penting kita mensyukuri atas setiap perkara walaupun sekecilnya yang kita dapat.

Minggu depan dia akan bermusafir ke Pahang untuk Program Asasinya, lepas tu Insyaallah akan kekal di Pahang jugak tapi berlainan daerah untuk Program Ijazahnya.

Lama dia meneroka negeri orang, ini satu peluang untuk dia yang mana selama ni menghabiskan masa di Selangor je, Insyaallah di lain ketika dapat peluang meneroka negara luar pulak, Insyaallah.

Kita kena percaya masa kita akan tiba jua tetapi sentiasa kena sabar dan syukur.

Sekarang ni untuk cuti cuti seronok tu tak ada dalam agenda selain nak balik kampung je la kalau boleh, yang lain-lain tu KIV dulu.

Kita fokus kepada perkara yang utama dulu .


Gambar last raya kami di Terengganu tahun 2018. 

Wow hari ni 3 post 1 hari.

Cayala mochik.

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu