Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

Terinspirasi dengan Cik Epal & Jofliam

 Kak Aya tak follow ramai kawan pun di media sosial tetapi ada la beberapa instafamous/influencer yang Kak Aya follow.  Salah satunya adalah pasangan Cik Epal dan Jofliam. Sejak zaman Cik Epal berblog lagi Kak Aya dah follow blog dia. Masa tu memang kita pun terpengaruh nak dapat duit dari berblog, tapi kalau dah peel mcm Kak Aya ni, berblog asal boleh je, apa je yang dapat. Memang kagum la tengok kemajuan hidup Cik Epal dari dulu hingga sekarang , dah tahap Million International. Masih muda lagi tapi dah banyak perkara dapat dicapai. Dapat senangkan mak ayah kaum keluarga. Dapat memberi tanpa batasan.  Tapi Kak Aya yakin, untuk dia capai tahap tu, usaha dari awal dulu bukan biasa-biasa.dan sampai sekarang pun mesti usaha dia pada tahap luar biasa. Tengok bisnes dia pun maju, keluar 1 produk terus dapat jadi Jutawan. Moga kita turut diberikan ilham oleh Allah untuk berusaha luar biasa dan dapat capai yang diimpikan selama ni. Amiin. Ni bukan Cik Epal dan Jofliam 

Hello November!

 Alhamdulillah , bulan ni bulan kelahiran Kak Aya yang ke 48 tahun, InsyaAllah sikit hari je lagi.  Doa yang baik-baik untuk diri sendiri. Semoga diri ini lebih berusaha untuk memperbaiki diri . Moga terus berusaha untuk istiqomah melakukan kebaikan. InsyaAllah. Sebenarnya tak tau nak tulis apa tapi rindu nak update blog walaupun tak ramai pun sekarang yang masih mengadap blog mcm suatu ketika dulu. Beberapa hari ni macam-macam idea muncul dalam fikiran ni tapi kekal dalam fikiran je la, tak lebih tak kurang macam satu angan-angan kosong je selagi tak catat elok-elok. Nanti la dah tenang-tenang dari kesibukan kerja hakiki, kita duduk mengadap buku nota, list kan idea-idea tu. Ahad ni Umar akan kembali ke asrama, InsyaAllah. Moga dapatlah dia lupakan hal games dia yang siang malam dia duk hadap selama tempoh PKP ni. Cakap pasal gila games ni , Kak Aya memang susah hati dengan anak bujang sorang ni, fikirkan tentang masa depan dia , macam-macam yang difikirkan . Biasalah mak kan.. Moga d