Skip to main content

Terinspirasi dengan Cik Epal & Jofliam

 Kak Aya tak follow ramai kawan pun di media sosial tetapi ada la beberapa instafamous/influencer yang Kak Aya follow. 

Salah satunya adalah pasangan Cik Epal dan Jofliam.

Sejak zaman Cik Epal berblog lagi Kak Aya dah follow blog dia.

Masa tu memang kita pun terpengaruh nak dapat duit dari berblog, tapi kalau dah peel mcm Kak Aya ni, berblog asal boleh je, apa je yang dapat.

Memang kagum la tengok kemajuan hidup Cik Epal dari dulu hingga sekarang , dah tahap Million International.

Masih muda lagi tapi dah banyak perkara dapat dicapai.

Dapat senangkan mak ayah kaum keluarga.

Dapat memberi tanpa batasan. 

Tapi Kak Aya yakin, untuk dia capai tahap tu, usaha dari awal dulu bukan biasa-biasa.dan sampai sekarang pun mesti usaha dia pada tahap luar biasa.

Tengok bisnes dia pun maju, keluar 1 produk terus dapat jadi Jutawan.

Moga kita turut diberikan ilham oleh Allah untuk berusaha luar biasa dan dapat capai yang diimpikan selama ni. Amiin.

Ni bukan Cik Epal dan Jofliam 






Comments

Popular posts from this blog

MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan? Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam.  Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.

Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew. Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas. Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta! Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana. Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima. Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lama