Skip to main content

Hello November!

 Alhamdulillah , bulan ni bulan kelahiran Kak Aya yang ke 48 tahun, InsyaAllah sikit hari je lagi. 

Doa yang baik-baik untuk diri sendiri.

Semoga diri ini lebih berusaha untuk memperbaiki diri . Moga terus berusaha untuk istiqomah melakukan kebaikan. InsyaAllah.

Sebenarnya tak tau nak tulis apa tapi rindu nak update blog walaupun tak ramai pun sekarang yang masih mengadap blog mcm suatu ketika dulu.




Beberapa hari ni macam-macam idea muncul dalam fikiran ni tapi kekal dalam fikiran je la, tak lebih tak kurang macam satu angan-angan kosong je selagi tak catat elok-elok.

Nanti la dah tenang-tenang dari kesibukan kerja hakiki, kita duduk mengadap buku nota, list kan idea-idea tu.

Ahad ni Umar akan kembali ke asrama, InsyaAllah. Moga dapatlah dia lupakan hal games dia yang siang malam dia duk hadap selama tempoh PKP ni.

Cakap pasal gila games ni , Kak Aya memang susah hati dengan anak bujang sorang ni, fikirkan tentang masa depan dia , macam-macam yang difikirkan . Biasalah mak kan..

Moga diberi cahaya yang jelas dan benar ke dalam jiwa Umar, biar jelas kelihatan apa yang bermanfaat apa yang memudaratkan iman dan memudaratkan jiwa.

Minggu lepas , Kak Aya dah masuk ofis, bab masuk ofis ni memang satu tekanan jugak tp tak apalah telan sendiri je la .Moga Allah permudahkan segalanya.

Alhamdulillah bos Kak Aya luluskan permohonan Kak Aya untuk terus kekal bekerja dari rumah sehingga 31 Dec 2021 atas sebab-sebab tertentu. Syukur!

Itu la dulu cerita ceriti petang ni, hujan lebat tu. 




Comments

Popular posts from this blog

MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan? Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam.  Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.

Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew. Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas. Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta! Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana. Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima. Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lama