Tudung Aidijuma - Set Inner Fabrik Bawal



Suka pakai tudung yang ada inner? Mencari inner yang sesuai dengan tudung bawal? Fabrik bawal yang selesa?

Dapatkan set Inner 4 segi pada harga RM 13 di aJ The Curve & LRT Pasar Seni
bermula ahad ini 1 April 2012.


Untuk membuat pesanan, boleh KLIK SINI



Isu lagu 'Bawa Daku Pergi' - Galakkan Remaja Lari Dari Rumah?

Dalam kereta tadi terdengar isu tentang lagu yang sadang hangat dicorong radio ini diperkatakan oleh Linda Onn, DJ SuriaFM. Ada pihak mencadangkan lagu yang dinyanyikan oleh Zizan dan Kaka ini  diharamkan kerana liriknya seolah memberi galakan kepada para remaja melarikan dari rumah .

Bila diteliti lirik lagu tersebut, saya rasa ada kebenarannya juga.


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa


oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng


tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama


oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali


Linda Onn sempat mendapatkan komen ringkas daripada Zizan tentang isu yang diperkatakan ini, menurut Zizan lagu ini hanyalah hiburan semata-mata tanpa ada maksud tertentu dan kalau nak lari tu tak semestinya dengar lagu ini baru lari, mereka akan lari juga tanpa mendengar lagu ini pun.

Hmm pada saya, lirik sesebuah lagu turut mempengaruhi pendengar...ada lagu memberi keinsafan, memberi kekuatan dan memberi nostalgia.

Apa pun, terpulang la kepada individu untuk menilai tentang lirik lagu ini.

Malas melanda

Itulah kot yang boleh dikatakan...malas nak bersungguh-sungguh update blog..gambar-gambar ada, tapi malas nak buat cerita.

letih kerana banyak kerja rumah untuk surirumah separuh masa yang perlu dibereskan..rasa nak tergolek keletihan.

betul-betul rasa nak ambik maid bila tahap keletihan maksimum.

pagi ni lepas berpeluh siapkan hidangan nasi lemak, masak untuk makan tengah hari, tengok blog kejap dan lepas ni rasa nak kendurkan urat dengan berbaring kejap.

nadhirah dan abahnya ke kedai buku untuk mencari pensil khat dan dakwatnya sekali untuk persediaan ujian esok.

umar seperti biasa, sedang menunggu giliran untuk main games.

ok chow dulu ...tak boleh lama lagi dah, umar dah goyang-goyangkan kerusi ni.

Kemarau BE

Dah lama tak dapat BE..iklan CPC pun tak bertambah-tambah..nampaknya tak ada impian lagi dah nak menambah pendapatan melalui blog..sekadar untuk suka-suka je la kot buat masa ni.

Last dapat masa awal Jan hari tu...itu pun beberapa ringgit je.

Apa pun, persahabatan yang terjalin secara maya lebih bererti....duit ringgit boleh dicari tetapi nilai persahabatan yang terjalan tak dapat ditukar dengan wang ringgit.

Join contest pun tak pernah menang hu hu....kena gali ilmu bercontest dengan MZ nampaknya ni.

p/s: blog kawan-kawan meriah BE ke?

Cara untuk beli tudung Aidijuma




Oleh kerana ada yang bertanya, macam mana nak beli, kat mana nak beli, ok boleh tengok kawa bawah ni ye:

Kalau nak beli secara online, boleh KLIK SINI.

Kalau nak pilih sendiri, belek-belek dulu baru beli, boleh la datang ke mana-mana alamat di bawah ni:

1.Bazar Promosi 
Stesen LRT Pasar Seni ( Berhampiran escalator)
Waktu Operasi : 9.00am - 9.00pm ( Isnin - Ahad)

Hubungi/SMS : Nik - 013 - 2699022 


2. Konsep stor
Bandar Tun Razak,Jengka Pahang
No. 6,Bangunan Arked Mara 
Waktu Operasi : 9.30am - 6.00pm ( Isnin -Sabtu)

Hubungi/SMS : Nora ( 019-9248911) 


3.aJ Kiosk
Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka
Permatang Pelajar, Berhadapan Masjid Sayidina Abu Bakar
Waktu Operasi : 9.00am - 5.00pm ( Isnin - Jumaat)

Hubungi/SMS : Asri - 010- 4208047/017-6513357 


4.aJ Kiosk
The Curve,Mutiara Damansara 
Lot PC 29, Ground Floor,Berhadapan Padini Store
Waktu Operasi : 10.00am - 10.00pm ( Isnin - Ahad)

* Datin Juma @ The Curve ..... nak jumpa Datin, boleh datang sini ye!


p/s: Err Datin...saya bagi promosi percuma ni, nak tudung free satu hik hik!


Tudung Aidijuma 3 tona keluaran terbaru

Ada orang tanya, kenapa kak aya suka update tentang tudung Norjuma? He he saja je....suka tengok muka tuan tudung sebenarnya....tudung terletak elok je. 

Pilih-pilih, murah-murah je..































Untuk membuat pesanan, boleh KLIK SINI


Majalah Impiana April 2012 Bumper Issue

Baru je beli...belum belek lagi apa isi kat dalam...tengok gambar cover macam menarik je.

Blog Aididmuaddib

Semalam leka membaca tentang Premium Beautiful, hari ni sepulangnya daripada kenduri di Seremban, on pc, menyusuri  blog Aididmuaddib pulak....mak aiii banyaknya info tentang produk-produk MLM.

Sampaikan rasa tak tau nak ambik produk kesihatan apa sekarang ni..tadi terbaca tentang produk Monavie, kebetulan suami dah pun terbeli kerana tiap hari dipromote oleh rakan sekerja beliau.

Bila dia tau apa yang ditulis oleh Aididmuaddib ni, terus dia cakap macam malas nak minum jus Monavie ni...saya cakap teruskan aja minum sampai habis sebab dah berhabis duit membelinya.

Bagus la Aidid ni membuat kajian dan share di blog seperti ini...kalau ada yang nak baca apa yang beliau selongkarkan, boleh KLIK SINI

Tembelang Premium Beautiful dan Bio Aura Pecah?

Hari ni bagaikan ada satu tarikan magnet untuk membaca tentang Premium Beautiful sampaikan terbiar kerja-kerja lain....bagus bila ada pendedahan begini.

Untuk sesiapa yang sedang merancang untuk membeli Set Premium Beautiful atau ada yang sedang berkira-kira untuk menjadi salah seorang Jutawan Korset Premium Beautiful, ada baiknya baca dulu  ENTRY INI, sekurang-kurangnya kita ada banyak pendapat dan pandangan sebelum membuat sesuatu keputusan yang amat besar sebegini.

Sekadar perkongsian bersama kerana saya rasa ini adalah satu tanggungjawab sesama kita.



Kebaikan berbekam

Ni kebaikan berbekam yang saya jumpa dalam Majalah Rapi....kalau ada info lain yang nak ditambah boleh tinggalkan pada ruangan komen ye! T kasih.


  1. membuang darah kotor, darah beku dan darah berpenyakit.
  2. mengeluarkan asid urik yang tidak diperlukan di dalam darah.
  3. mengeluarkan kolestrol yang berlebihan di dalam darah
  4. meringankan otot
  5. mengatasi stres yang berpanjangan.
  6. membebaskan angin kotor dan tokin dalam badan.
  7. membantu meringankan tugas buah pinggang.
  8. membantu menyelesaikan masalah kesihatan yang tidak mampu diselesaikan oleh kaedah moden.
  9. membantu menghilangkan pening dan migrain.
  10. membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  11. membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  12. membantu mencegah kebas kaki dan meredakan serangan angin ahmar
  13. mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.


Berbekam

Minggu lepas ada baca dalam Majalah Rapi tentang kebaikan berbekam, terus rasa nak mencuba....tau la kat mana nak berbekam kalau area Selayang ni? Siapa yang pernah berbekam, boleh la share-share kat sini, faedah yang telah diperolehi daripada berbekam tu.

Ni hasil daripada bacaan saya :


Bekam ni satu cara membuang darah kotor dalam badan. Kalau ada tanda-tanda badan letih dan lesu, kebas-kebas kaki tangan, kurang bertenaga, cepat bosan, murung, mudah marah, cepat mengantuk , elok la lakukan bekam. ( tanda2 tu semua ada pada saya)

Ada 3 jenis bekam,  bekam basah ,bekam kering dan bekam lintah.

Bekam basah dilakukan dengan melukai kulit menggunakan jarum tajam yang telah disteril. Darah toksik akan dikeluarkan menggunakan alat pengamal bekam. Setiap kali proses mengeluarkan darah toksik akan memakan masa antara 3-5 minit. Darah toksik dikenal pasti berdasarkan warna merah pekat dan berbuih. Mereka yang berbekam dinasihatkan tidak mandi selama 3 jam selepas berbekam.

Bekam kering adalah teknik menghisap permukaan kulit tanpa mengeluarkan darah toksik. Biasanya teknik ini digunakan kepada individu yang tidak tahan suntikan jarum 
atau takut melihat darah.

Bekam lintah ni merupakan sejenis perubatan tradisional untuk membuang darah-darah kotor daripada tubuh pesakit. Darah kotor akan di sedut oleh lintah dan bertujuan untuk menyahkan darah kotor. Lintah diguankan sebagai medium bagi menarik keluar farah kotor dari badan.

Keistimewaan lintah terdapat pada air liurnya yang mengandungi 17 unsur penting terutamanya hirudin yang berfungsi untuk menyekat pembentukan thrombus bagi menghalang proses pembekuan darah. Selain itu terdapat jugak ekstrak hormon phemone yang merangsang pengeluaran bau tubuh. Ekstrak ini berguna dalam mengatasi masalah seksual.

Ekstrak histamine pula berfungsi bagi membesarkan salur darah dan mencergaskan aliran darah sementara ekstrak nitrioxide pula dapat mempercepatkan  peredaran darah. Dari sudut perubatan lintah daripada spesis Hirudo Medicianalis banyak digunakan dalam membantu merawat penyakit yang berkaitan dengan darah seperti penyakit jantung, darah tinggi, migrain ,sakit kepala dan sebagainya.

Waktu untuk berbekam yang paling baik adalah ketika pertengahan bulan kerana ketika inilah darah tiksik berhimpun. Namun begitu, berbekam boleh dilakukan pada bila-bila masa untuk tujuan mengubati penyakit.  Mereka yang hendak berbekam dinasihatkan agar tidak makan makanan berat antara dua hingga tiga jam sebelum berbekam  dan lebih baik berpuasa sebelum berbekam.




Perempuan Busuk!

Ni perbualan antara Umar dan Nadhirah ketika saya sedang menjemur pakaian kat belakang, mereka berdua sedang bersarapan di ruang tamu.

Nadhirah: Adik, temankan akak ke bilik air jap, tunggu depan pintu bilik air je, akak takut la.

Umar : Eeeee perempuan busuk ni, kacau je orang nak makan.

Itu je la perbualan mereka berdua tapi boleh mengundang gelak saya ketika menyidai pakaian...ntah la rasa kelakar sangat dengar cara Umar menyebut " perempuan busuk"

Saya tegur Umar, tak baik cakap macam tu pada kakak...dia boleh menjawab :

"Yelah , kakak kan perempuan, lepas tu dia nak masuk bilik air, mesti la bau busuk nanti,sebab tu jadi perempuan busuk"

Budak- budak ni macam-macam la....


Lagi gambar-gambar tudung Aidijuma

UPDATE TERKINI MAY 2014 - BOLEH BELI TUDUNG AIDIJUMA WHITE LABEL DARIPADA KAK AYA  - HUBUNGI 017-3416762











Untuk order, boleh KLIK SINI

Dialog Yang Lebih Berpahala Menyebutnya

Ni lagi satu saya temui di FB Ustaz Azhar Idrus yang boleh dikongsi bersama..semoga bermanfaat .


Novel Menunggu Kereta Api Norhayati Berahim

Baru je beli semalam novel ni, baru je baca, belum pun sampai separuh jalan...seperti kebiasaannya, penceritaan di dalam novel NB akan bermula sedari awal, maksudnya ketika watak-watak utamanya masih kecil.

Selalunya watak heroin selalunya sebagai watak utama..watak yang saya gemari kerana memberi ilmu yang bukannya sedikit kepada saya secara tidak langsungdi dalam mengharungi kehidupan seharian.

Setakat ini yang saya jumpa di dalam novel ini adalah mengenai 3 keluarga.

1.Keluarga Karina 
 ayah Karina meninggal ketika mendulang emas, kala Karina masih kecil,seorang ayah yang pandai membuat sangkar burung, pandai memasak dan cukup rapat dengan Karina serta tidak mempunyai pekerjaan yang tetap, mek iaitu ibu Karina seorang ibu yang kuat bekerja, mempunyai kedai runcit sendiri. Karina mempunyai seorang abang yang pemalas, Abe Ya.

2. Keluarga Ameen
ayah Ameen dikatakan telah lama meninggal, Ameen dan emaknya datang menyewa di sebuah rumah di kampung yang sama dengan Karina. Ameen sentiasa berusaha berlumba dengan Karina untuk mendapat tempat pertama di dalam kelas.

3. Keluarga Zarul
Keluarga ini adalah berketurunan Minang, mak Zarul yang mesra dipanggil bundo begitu mementingkan adat-adat orang Minang. Zarul mempunyai seorang abang iaitu , Zafrul.


Setakat yang saya baca, Zarul sedang menuntut di Munich, German, manakala abangnya pula sedang pening kepala kerana dipaksa oleh bundo agar berkahwin dengan wanita pilihan bundo, Indah sedangkan Zafrul sudah pun mempunyai teman wanita. Karina sedang belajar di sekolah berasrama di Kuala Lumpur. Ameen tidak lah saya pasti dimana setakat ini.

Apa yang pasti, Zarul akan bercinta dengan Karina..pada agakannya saya la...saya tak nak baca bahagian belakang , saja nak bagi suspens untuk diri sendiri he he.

Dah ada yang baca ke?

Syukur...Umar dah pandai baca

Akhirnya beberapa hari ni dapat dengar Umar membaca ayat-ayat yang panjang dan ayat bercampur-campur, sebelum ni dia hanya boleh membaca perkataan yang mudah-mudah saja. Syukur padaMu , Ilahi!

Seingat saya, Umar memang mendapat lebih perhatian saya berbanding Nadhirah....kebimbangan yang lebih pun ye jugak..bukannya satu yang disengajakan tetapi itulah yang terjadinya...

bermula ketika tempoh mengandung yang bleeding, pindah rumah, arwah tok dan arwah tok ayah yang meninggal berselang 11 hari menyebabkan banyak airmata tumpah sepanjang 9 bulan 10 hari mengandungkan Umar.

Hmm pindah rumah pun boleh nangis ke? he he saya sedih nak berpisah dengan jiran saya suami isteri yang sangat baik sebenarnya...isterinya pernah bersusah payah menolong saya ketika baru-baru lepas bersalinkan Nadhirah dan macam-macam kebaikan lagi.

Bila Umar lahir, kebetulan Umar memang suka menangis ( manja lebih kot)...kiranya perhatian saya agak banyak tumpah kepada dia...

Nadhirah masuk je tadika dalam tempoh 8 bulan terus boleh membaca suratkhabar , ini cukup meriangkan hati kami...Nadhirah yang tak pernah liat untuk ke sekolah..pendek kata saya tidak terlalu berfikir terlalu-lalu tentang Nadhirah, segalanya mudah ...saya sangat bersyukur pada Allah.

Bila turn Umar pulak, di hantar ke tadika yang sama dengan si kakak seawai usia 3 tahun ( terpaksa hantar ke situ selepas bertukar-tukar pengasuh)..drama airmata Umar setiap hari kala ingin meninggalkan dia di tadika..bukan airmata saya tapi Umar punya airmata! Nak mandi untuk ke tadika pun liat sangat-sangat.

Beliau sentiasa disisi saya hampir sepanjang masa ( sekiranya hari cuti)...sampai sekarang, saya mesti sentiasa ada dipandangan mata dia. Nak menonton perlu berteman, nak main games pun mesti berteman.

Bab mengamuk pun sama, kalau dia marahkan sesiapa atau orang lain, saya juga la mangsa yang akan dijadikan punching bag oleh Umar.

Tahun ni , Umar akan memasuki usia 6 tahun pada December nanti, baru bulan ni dia mula pandai membaca..

Kata pengetua, Umar tidak la ketinggalan sangat jika dibandingkan dengan si kakak apatah lagi anak lelaki memang begitu gayanya ketika kecil, agak ketinggalan.

Umar lebih cepat membaca jawi berbanding huruf rumi, dulu si kakak selalu membaca buku Bahasa Melayu ketika belajar membaca, manakala Umar suka buku Al-Barqy.

Panjang pulak dah entry tentang Umar ni..he he...memang panjang kisahnya kalau nak diikutkan.. dia dah tidur , ye la jam pun dah 1 pagi...kalau belum tidur, mesti dia akan sangkutkan dagu dia pada bahu saya ni hingga selesai saya menaip entry....mesti ada apa-apa yang dia inginkan saya tulis pada entry kalau dia tau saya berkisahkan tentang diri dia.

Umar, Umar...

Mama sayangkan Umar dan kakak, semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.Amin!