Makna Air Mata Ibu
*** INI ADALAH CATATAN PENGARANG MAJALAH MINGGUAN WANITA KELUARAN TERBARU , SAYA SUKAKAN CATATAN INI DAN SAYA BERKONGSI DENGAN KAWAN SEMUA* *** Seorang anak tidak mengerti mengapa ibunya menangis. Baginya air mata seorang ibu boleh ditafsirkan bermacam-macam. Ibu menangis kerana gembira, ibu menangis kerana sedih. Pendek kata, tidak kira samada situasi itu gembira atau duka, ibu pasti menangis. Ini lah yang sering menjadi persoalan kepada anak, mengapa ibu menangis? Namun bagi ibu pula, jawapannya mudah, ibu menangis sebab ibu seorang wanita. Jawapan yang mengundang tanda tanya, membuatkan anak makin tidak mengerti, walapun ibunya menjawab dengan senyuman malah memeluknya dengan erat sekali. Soalan sama juga ditanya kepada ayah: mengapa ibu menangis? Jawapan ayah lebih memeningkan kepala anak "semua wanita menangis tanpa alasan" Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak menjadi menjadi remja dan tetap tertanya-tanya, mengapa wanita menang