10 December 2021

Perpisahan sentiasa memilukan

 Tajuk bukan main lagi walhalnya nak cerita berpisah dengan anak yang sambung belajar je, masih di Malaysia bukan jauh nun di seberang laut.


Semalam Nadhirah mendaftar masuk untuk Sem 2 di Pusat Asasi UIAM, sebelum ni utk Sem 1 hanya belajar secara online kat rumah.

Masa belajar online hari tu memang kesian tengok sebab ye la kat rumah ni tak la selesa mana, kelengkapan pun ada yang ada je, tapi dia cakap ok je cuma bila ada masalah line internet tiba tiba tu dia cakap jugak la mencabar jugak belajar online ni.

Tapi mencabar macam mana pun tetap seronok sebab lepas abis kelas, terus bergolek, nak makan pun senang, angkat tudung saji je dah ada makanan, tak perlu menapak ke Cafe ke apa, pakaian semua pun beres semua dicuci dilipat, duduk dengan mak kan?

Malam sebelum pergi mendaftar tu dia tak lena tidur, faham sangat la mochik , kita nak berpisah dengan keluarga kan..pulak tu bukan dekat macam masa kat asrama dulu, Dulu 45 minit je dari rumah, sekarang hampir 3 jam memandu untuk sampai ke tempatnya. 

Semalam bertolak pukul 8.15 pagi, semua pun tak nak sarapan dulu, ok la kita sarapan je la kat mana-mana nanti.

Akhirnya singgah di RnR Temerloh, makan nasi lemak. Nadhirah tak ada selera. Biasa dia skip breakfast, tengah hari kan baru la cari makanan, sejak kecik sampai ke besar dia tak suka makan pagi , kalau kita paksa pun dia makan je la sesuap dua.

Lepas sarapan sambung perjalanan terus ke UIAM, boleh masuk 3 orang je ke dalam kawasan UIAM, so Umar dan Zahra kena turun , duduk bawah pokok kat luar pagar, ramai sangat yang duduk kat luar tu, memang ada disediakan khemah tapi Umar dan Zahra nak duduk duduk bawah pokok.

Kami bertiga terus ke dalam, lepas urusan swab test, terus pergi daftar, ambik kunci bilik, angkut barang. 

Nadhirah orang pertama sampai kat bilik, lepas angkut semua barang terus salam-salam dan tinggalkan dia.

Perasaan masa tu memang sedih la, mochik ni memang macam tu, akan sebak dan sepatah perkataan pun tak keluar dari mulut, dia pun sama, sama-sama tercebik.

Mahallah


Mochik yang snap gambar ni, tak pakai spek , tak perasan depa anak beranak ni duduk punya la jauh, lain kali boleh snap lagi


Sepanjang perjalanan tu hati memang sangat sayu, jauh tinggalkan anak tapi sambil berdoa moga Allah jagakan Nadhirah, kasihi Nadhirah, permudahkan segala urusan pembelajaran, apa apa urusan sepanjang dia di sana. 

Tambah sedih bila dia mesej sedang menangis, adui la anak.

Gitu la untuk hari pertama dia di sana.

Hari ni hari kedua, keadaan agak ok tapi sedih tu tetaplah ada.

Perjalanan menuju dewasa memang begitu, nak..macam macam kita kena tempuhi.

Moga langkah mu dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Amiin





No comments:

Post a Comment