Restoran Aman Seafood, Bandar Baru Selayang Fasa 2

(Petang semalam punya cerita)

Kami bertiga makan malam di Restoran Aman Seafood, tak jauh pun dari rumah saya...nak ambik gambar banyak-banyak,terasa segan, ini pun Nadhirah yang ambilkan.

Makan kat sini best sebab restoran baru ( cawangan), pasti la bersih, dapur pun tak jauh dari tempat makan, boleh nampak dengan jelas mereka masak.

Harga pun tak la mahal sangat ( untuk orang yang poket biasa-biasa macam kami).

Dari segi rasa, ianya memang tidak mengecewakan.

Anak-anak suka makan nasi ayam.

Suami gemar order nasi putih dan sup perut.

Saya pula selalunya order nasi goreng ikan masin tapi malam tadi saya order Mee Kungfu.






Comments

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

PERLUKAN BANTUAN ANDA !

Happy Birthday to ME! | Menuju ke 40