Cucur pisang lebih enak

Tadi plan nak buat cucur pisang tapi malas nak keluar beli pisang.


Sambil-sambil tu belek majalah lama kot-kot ada petua untuk sedapkan cucur pisang, bersepah-sepah majalah dalam bilik PC ni lepas kena geledah. Nasib baik Nadhirah cuti hari ni, dapatlah minta bantuan untuk kemaskan semula.


Jumpa satu petua ni:


Kisar pisang bersama gula sebelun diadun bersama tepung. 


Selepas diadun bersama tepung, tutup adunan tersebut dan biarkan selama lebih kurang 4 jam ( **ni nak kena bancuh time tengah hari kalau nak tunggu 4 jam baru dapat goreng)


Tak perlu simpan di dalam peti ais, okay?


Hmm nak cuba buat lah Sabtu ni...mesti sedap..bancuh teh o panas.

6 comments :

Marlina Mohtar said... [Reply to Comments]

ooh..kena biarka selama 4 jam baru goreng eh? erm...nak try juga lah nanti kalau ada masa :)

Hamizah said... [Reply to Comments]

ada juga terbaca petua ni..tp belum cuba..pisang kat perth ni tgh mahal la skang ni..kalau beli xsempat buat cekodok dah hbs..anak2 mmg suka..

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

best nie..boleh try nti.tp 4jam..lma tu..:)

azieazah said... [Reply to Comments]

Hari Sabtu ya? Jap jap nak tengok diari, kot2 ada jemputan kahwin lak. hehehehe

ehhh Sabtu ni free la. Buat banyak skit eh? :)


Gambar Merapu Seorang Menantu...

kasihredha said... [Reply to Comments]

nak tunggu 4 jam tu yang tak sabar tu kan...hihi
memang betul cakap aya...kena buat waktu tgahari...sedang elok, petang boleh goreng .

Jendela Hati said... [Reply to Comments]

anak2 suka cucur nie... kena cuba jugak nie...tq for the info kakaya...

Post a Comment