Tugas surirumah tiada penghujung

Fuhhhh bermula awal pagi berakhir pukul 4, baru lah dapat duduk meluruskan kaki kejap...betul-betulkan badan.


Sekarang baru dapat online jenguk blog, tak dapat nak tunaikan janji untuk blogwalking kerana kejap lagi nak keluar jemput Umar dari tadika, lepas tu perlu jemput suami pula di tempat kerja beliau.


Hmm agaknya begini la rutin surirumah..beruntung bagi mereka yang diberikan elaun bulanan oleh suami atas kerja-kerja yang suri mereka lakukan. Bukan kerja mudah tau!


Bagi mereka yang bekerja seperti saya, pulangnya ke rumah memang sudah menunggu sebeban kerja yang perlu disiapkan.Memang letih dan penat namun ini seperti sudah termaktub terbeban di atas bahu seorang isteri bergelar ibu. Sangat bertuah dan beruntung serta satu bonus bagi mereka yang mempunyai suami yang ringan tulang untuk membantu sepulangnya dari kerja. 


Sekarang saya sudah pun selesaikan tugas-tugas yang sepatutnya, sementara menunggu pukul 5, luangkan masa untuk blog. Sekarang dah bertambah lagi satu tanggungjawab iaitu menyelenggara blog.


Untuk para suami, hargailah jasa isteri anda yang bertungkus lumus menyediakan segalanya bagi meringankan beban tanggungjawab anda.

Comments

  1. sekarang ni dah tak de bibik. masih tak sampai lagi.. cam tu lah saya rasa.. Cuma tak lah awal sangat bangunnay.

    ReplyDelete
  2. :) insyaAllah...ganjaran pahala pasti menanti kita

    ReplyDelete
  3. Yan - saya mesti bangun pagi sekitar pukul 5 pagi setiap hari..kalau lagi awal mmg bagus tp kalau lebih sikit dah mula kelam kabut.

    ReplyDelete
  4. kak aya, kalau ikutkan , tugas isteri hanya jaga anak & layan suami..yg lain2nya suami kena sediakan. tp atas dasar kemanusiaan, kita hendaklah ringankan beban suami tu sbb kena ikut kemampuan..tp kalau suami jenis memahami tanggungjawab dia, dia mesti akan bersusah payah macam kita atau lebih..alhamdulillah hubby tini agak rajin menolong, in fact jemur baju kol 12 mlm atau 6 pagi..tp lately ni dia kata kalo mampu nak amik bibik..ahaha..tau pun siksanya keje+wat keje umah..hihihi..

    ReplyDelete
  5. betul tu kakaya. kat opis dah letis plus borink. balik umah buat keje lagi. apa2 pun itu lah rutin seorang ibu dan isteri ek. rungutan pun tak baek untuk kesihatan.hehehe. mudah2an para suami menghargai isteri mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu