Jerebu - Sekolah Tutup
Alkisahnya, petang Rabu tu ada pengumuman dalam group whatsapp Kelas Umar, meminta ibubapa menjemput anak-anak dari asrama untuk dibawa balik rumah kerana sekolah cuti 2 hari kerana bacaan IPU dah melebihi 200.
Malamnya group whatsapp Kelas Nadhirah pulak memberitahu perkara yang sama.
Ok kami suami isteri bercadang nak jemput lepas Isyak. Tak payah nak kalut-kalut.
Kadang kadang ada rasa gelihati dengan telatah parents, sebelum pihak sekolah mengesahkan para pelajar boleh pulang ke rumah, ada beberapa ibu terlebih dahulu memohon pengesahan , boleh bawak balik tak anak petang ni? PPD Gombak dah keluarkan kenyataan cuti 2 hari.
Ada yang forwardkan salinan kenyataan media PPD Gombak tu, dapat daripada kawan yang kerja dalam tu. Ada yang forward benda yang sama tetapi sumber daripada keluarga terdekat. Bertalu talu soalan adakah boleh ambik anak sekarang?
Kak Aya senyum je baca.
Terfikir jugak, pihak sekolah dah tentu la dapat jugak kenyataan media tu, cuma untuk arahan pulang bermalam bagi pelajar asrama tentulah ada arahan selanjutnya yang pihak sekolah sedang nantikan .
Bersabar la sikit kan..bila guru kelas memohon ibu bersabar, sekejapnya sabarnya, lepas tu tanya semula, boleh balik tak? Ambil malam pun tak apa..
Ada la yang bagitau anak asma ..yang ni pun bagitau anak asma, berderet bagitau anak tak sihat.
Makin nak gelak rasanya.
Akhirnya ada pengesahan daripada pihak sekolah, boleh ambil anak untuk pulang bermalam sehingga Ahad 22/9/19.
Kalut sungguh, yelah mungkin setiap orang ada masalah dan sebab sendiri kenapa nak ambik anak secepat mungkin.
Tapi sabar tu perlu bila pihak sekolah memohon bersabar, maksudnya mereka tentunya akan umumkan segera bila mereka ada keputusannya. Aduiii la.
Nadhirah tak dapat pulang kerana terlibat dengan satu pertandingan di UTM Skudai pada Isnin depan, Ahad tu mereka bertolak dari sekolah. Tak dapat balik sebab kena persiapkan diri dengan lebih mantap lagi untuk pertandingan tu. Apa lagi perempuan tu, banjir airmata la malam tu. Dah mamanya kesian, pergila melawat petang semalam.
Teruk jugak keadaan jerebu di Kuala Selangor. Macam meredah asap rasanya.
Moga keadaan kembali pulih seperti biasa lepas ni. Mama nak Umar cepat pulang ke asrama sebab periksa akhir tak lama dah.. bukan tak suka anak ada kat rumah, suka sangat tapi Umar ni 24 jam main games, mama risau kalau berterusan macam ni...mama risau pelajaran Umar merudum teruk kalau sepanjang masa Umar fikirkan tentang Mobile Legends yang ntah apa apa tu. Sangat Lagho!
Nanti cuti akhir tahun , siapla mama gubal undang undang baru untuk Umar..tak nak dengar sangat cakap mama kan?

Comments
Post a Comment