Ujian Mamogram | Kongsi pendapat

Semenjak dua menjak ni, hati berbalah bergaduh fikirkan tentang ujian mamogram.


Takut untuk mendengar keputusan ujian melebihi takut nak lakukan pemeriksaan.


Hari tu dah daftar nama untuk ujian percuma tetapi sampai masa , saya tidak hadir.


Sekarang perasaan untuk melakukan ujian mamogram hadir dan menghantui saya.


Cuba cerita sikit, sesiapa yang pernah melakukan ujian ni, sakit tak? 


Tolong bagi saya sokongan sikit untuk melangkah ke tempat pemeriksaan.


*** Terkenangkan arwah sahabat yang telah pun 2 tahun meninggal kerana barah payudara menambah lagi rasa takut di hati.

Comments

  1. tak pernah buat kak aya..check sendiri kat umah jer..

    ReplyDelete
  2. Mesin yang baru ni tak de laa sakit sgt..cuma kalau dia org ada trace something yang lain dia org akan buat sekali lagi.. tuh kalau dia org press sikit kuat laa.. ada sikit sakit.. Boleh baca kat blog saya citer saya buat mamogram kat http://rinnamanja.blogspot.com/search/label/Mammogram

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu