Puding Koktel buah-buahan

Petang ni, memasak puding koktel bersama Umar...Khamis lepas, Umar dah masak puding ni bersama teacher dan kawan-kawan di Tadika Naluri Kreatif, Selayang.**kecik-kecik dah belajar masak, ye!

Jadi hari ni, Umar nak masak puding ni bersama mama..pergi membeli bahan di Pasaraya LG di Bandar Baru Selayang. UMAR banyak menolong mama..kacau susu, kacau gula, kacau telur...semua-semua la dia kacau...** ayat ni ditaip mengikut arahan Umar.

Bahan untuk Kuah
1 biji telur
21/2 cawan gula
I tin susu cair
1 cawan tepung jagung
6 cawan air

Cara menyediakan:

Semua bahan dicampurkan dan dimasak atas api kecil hingga menjadi berkilat tetapi tidak perlu menjadi pekat.

Bahan untuk puding
2 cawan tepung jagung
7 cawan air
1/2 cawan gula
1/4 tin susu pekat


1 tin buah-buahan.
Nata coco jelly.




Cara menyediakan:



Campur semua bahan dan masak atas api kecil hingga menjadi pekat dan berkilat. Angkat, tuang atas loyang,sejuk dan bekukan. Potong dadu, campur buahan , jelly dan kuah .


Gambar dari Myresipi..** gambar sendiri tak dapat transfer.

Mesti dah ramai yang pernah mencubanya....takkan tak pernah kot,Umar pun dah pernah.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu