Ditahan setelah jadi baik - Bob Lokman


Tadi ada baca sedikit ulasan oleh Bob Lokman di atas penahanan beliau 2 hari lepas di Masjid Sungai Lui.

Menurut beliau, tindakan Jais itu seolah menyekat beliau untuk menjadi baik, sebaliknya mendorongnya agar terus hanyut dalam arus keduniaan seperti masa lalu.

Tambah beliau, walau apa pun halangan yang menimpa, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya sekarang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah dan terus meninggalkan kehidupan yang boleh melalaikan. 

Beliau akan terus melakukan kerja-kerja dakwah dengan mendekati pelbagai golongan masyarakat termasuk golongan penagih dadah untuk mengajak mereka kembali ke jalan Allah.

“Saya tidak kira soal larangan oleh pihak Jais atau sebarang pihak untuk saya berceramah. Jika larangan itu bukanlah yang patut saya ikut, saya tak akan ikut” ujarnya.

“Tauliah itu bukan satu perkara yang penting, apa yang penting adalah melakukan perkerjaan yang baik iaitu kerja-kerja Islam” tambahnya lagi.

Saya tak nak komen bab2 tauliah kerana saya sendiri pun tak begitu arif kenapa seseorang itu perlu ada tauliah untuk memberi ceramah agama di Selangor. Pastinya JAIS lebih arif mengenai hal ni semua.

Saya pernah mendengar ceramah beliau bulan lepas di pejabat, sepanjang tempoh ceramah tiada sebarang ucapan yang bersifat kepartian pun..mencela dan menghina pun tidak…tapi yelah kan. oleh kerana tiada tauliah, ucapan yang baik pun boleh dinilai sebagai tidak baik. Ada waktunya nak buat baik pun kena ada syaratnya.

Sekadar pandangan peribadi saya saja, bukan mewakili mana-mana pihak.

Sumber berita dari Harakah.

Comments

  1. Bob Lokman adalah satu contoh seorang yang biadap dan tidak faham bahasa. Sultan Selangor telah Bertitah tentang ceramah dan tauliah di mesjid dan surau di negeri Selangor melalui MAIS. Sila baca, fahamkan dan akur dengan undang-undang di negeri Selangor ini:

    Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyatakan:

    “Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Agama Islam tanpa tauliah yang diberikan di bawah Seksyen 118 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya”.

    Samada berunsur politik ataupun tidak bukan isu. Sesaorang itu perlu mendapatkan tauliah (tentunya dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa JAIS dan MAIS} barulah dibenarkan memberikan ceramah. Silalah rujuk tentang perkara ini didalam laman web MAIS dan JAIS termasuk titah DYMM Sultan Selangor tentang perkara ini.

    Seperti biasa “typically” sindrom menyalahkan orang lain terutamanya UMNO adalah sifat biasa orang-orang PAS dan sekutunya walaupun tahu kesalahan dilakukan oleh diri sendiri yang empunya badan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu