Filem Ombak Rindu - Maya Karin dan Aaron Aziz

2,3 malam ni dah ditayangkan promo untuk Filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada novel Ombak Rindu, ditulis oleh novelist Fauziah Ashaari.

Secara sepintas lalu, saya rasa macam kurang sesuai je watak Izzah dipegang oleh Maya Karin sebab pada saya, Maya Karin ni nampak macam orang bandar je. Rupa dan percakapan pun agak jelas dia tu kurang sifat kekampungan. Pada saya, Fazura lebih nampak sesuai walaupun Fazura pun berwajah orang bandar.

Tapi tak adil la kalau saya menilai terus tanpa menonton terlebih dahulu filem ni. Cuma secara sepintas lalu je komen tentang pemilihan pelakon tu.

Apa pun, saya nak menonton filem ni bersama rakan sepejabat bila ditayangkan kelak kerana kami sama-sama meminati novel Ombak Rindu dan meminati Hariz, suami si Izzah tu he he...

Biasanya kalau novel diadaptasi ke filem , macam kurang menjadi sikit , mungkin saya terlalu terbawa-bawa dengan penghayatan ketika membaca novel kot .

Hmm cerita panjang tak mau la....kita tunggu dan tonton je filem ni nanti, lepas tu pakat buat review.




4 comments :

NER said... [Reply to Comments]

tu la..mula2 tau watak Izzah dipegang oleh Maya Karin pun macam tak berapa nak sesuwai kan? sbbnya Izzah tu suppose org kg. tgk la cemana nanti..

sisdee said... [Reply to Comments]

x sabar gak nk tgk cite nie :)

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@Ekmi Rabat
Betul tu Ekmi, kita sama-sama menonton nanti, best tak best kita tetap buat review

Kak Aya said... [Reply to Comments]

@sisdee
Nanti kita tengok sama-sama ye!

Post a Comment