Berapa lama masa anda untuk blog setiap hari?
Hari ni dah pun Isnin kembali..sekejap je cuti 2 hari di hujung minggu. Nampaknya kurang blogwalking semasa 2 hari bercuti, sebabnya banyak habiskan masa dengan mengemas rumah... Nadhirah pulak ada exam akhir tahun bermula hari ni.
Pagi ni bangun pukul 5 mengadap blog, terfikir pulak nak buat entry mengenai tajuk di atas.
Pagi ni bangun pukul 5 mengadap blog, terfikir pulak nak buat entry mengenai tajuk di atas.
Berapa lama setiap hari anda berblog?
Ada tak kerja lain yang tertangguh hanya kerana anda terlebih waktu untuk blog?
Macam mana dengan hobi lain, adakah anda terpaksa lupakan hobi lain kerana lebih tumpuan pada blog?
Sebab apa saya bertanyakan soalan di atas, sebabnya saya ni kalau mengadap novel, terus tak ada masa untuk blog, kalau start tidur siang mulalah nak tidur lama-lama.
Kalau mengadap blog, terus tak ada masa untuk novel, tak ada masa untuk exercise, tak ada masa untuk TV, tak ada masa untuk tidur siang.
Maksudnya masa lapang saya dihabiskan dengan berblog. Masa lapang tak banyak, selepas ditolak dengan kerja-kerja rumah tangga, kerja lain yang lebih perlukan perhatian khusus daripada kita, itulah masa lapang saya...Itu sebabnya bila ada je masa lapang, terus mengadap blog..
Kadang-kadang tertanya jugak, blogger yang berjaya kerana banyak blogwalking, banyak entry tu habiskan masa berjam-jam lamanya kah ? Saya selalunya mengadap blog antara 2-4 jam kalau betul-betul free di hujung minggu. Kalau hari kerja, hanya dapat luangkan dalam masa sejam je , itu pun kalau rajin nak bangun awal pagi.
Oleh kerana ada sedikit niat di hati untuk mendapat duit daripada berblog ni, nak la setiap usaha tu dilakukan secara konsisten, tak nak la suka nak update entry baru update, suka nak blogwalking baru buat blogwalking. Buat masa sekarang ni kekangan masa selalu jadi alasan untuk saya sedangkan ramai blogger Berjaya tu adalah daripada kalangan mereka yang bekerja.
Jadi wahai sahabatku semua, sudi-sudikan la berkongsi rahsia kejayaan anda di dalam dunia blogging.
Terima kasihhhhhh
Saya tengok Kak Aya suka berblog. Dalam sehari banyak N3 :-)
ReplyDeleteSaya berblog selalunya waktu pagi / malam selepas habis semua kerja. Tak kisahlah berapa jam pun JANJI HAPPY !!
saya habiskan masa beberapa jam setiap hari, kalau ada buat entri.
ReplyDeletekalau tak buat entri, just sekali-sekala guna smartphone utk blogwalking & balas komen..sambil2 buat kerja rumah.
-tapi saya bkn blogger berjaya lah! eheh..-
aah ek.. camne derang ade time ngadap blog eh..terkejar2 laa nak buat keje umah,kat ofis, tu yg kdg2 blog ku malas update..hehe
ReplyDeletesy nie tak berjaya macam mana nak berkongsi?hehe..
ReplyDeletesy tak tetapkan masa utk blog..sbb sy kerja shift,sy ada byk masa lapang.anak pun dah besar..cuma klu mood kelaut plus malas sy tak berblog..
kadang2 saya ambik masa berjam2 jugak ngadap blog...tapi ada kalanya, kejap jer....brgntung pada masa lapang...dannnnn kalau tak bagi mata tertutup siang hari, buka jer blog..hehehheeh..mata boleh terbuka selebar2nya...
ReplyDeletelamaaaa... sy pun lamaaa berblog tp selepas waktu kerja dan anak2 pun tak kacau time2 tu...kalau tak, malas nak berblog...
ReplyDeletesaya bukan blogger berjaya juga kak...ikut mood juga nak buat n3 ni tapi kekadang dpt 1 hari 1 n3 dah cukup kot...byk masa utk xtvt lain pula.kalau weekend memang cuti blogging coz busy dgn xtvt luar jer la.
ReplyDelete