Bila artis komen pasal hudud

Tadi sempat ke blog SolihinZubir.Com, baca entry kisah artis bagi komen tentang hudud, hmmm pada pendapat saya mereka ini memberi komen tanpa membuat banyak rujukan dan tanpa memahami apa sebenarnya hukum hudud tu. Dan komen mereka ni lebih kepada ingin menjaga kedudukan mereka sebagai artis.


Daripada komen tu dapat saya simpulkan  pada mereka hudud ini tidak sesuai untuk dilaksanakan pada zaman sekarang, pada saya kalau ianya adalah hukum, tidak expired pada mana-mana zaman pun. 


Saya tak arif pasal hudud ni, tapi ada juga la mencari dan cuba memahami tentang perkara ini, selalu sumber rujukan banyak dalam Harakah..dalam ni ramai ustaz-ustaz berkelayakan memberi penerangan tentang hukum hudud..tanpa prejudis kepada mana-mana parti, tak salah untuk kita belek akhbar ni untuk mencari ilmu agama..kalau tak suka baca akhbar ni, baannyaaak lagi sumber rujukan yang boleh kita rujuk...Ustaz kat luar pun ramai, buku agama, Internet, tinggal lagi rajin atau malas je nak mencari.







Komen ENOT"Memang zaman dahulu orang Islam mengamalkan hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina, hukuman sula akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang tidak lagi sesuai. Malah kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya."


Komen HELIZA
"Kalau nak laksanakan hukum hudud, banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan dan penilaiannya. Kita kena lihat keberkesanannya hukum ini dalam kalangan masyarakat Islam di Malysia, mungkin di Arab Saudi ia sesuai dijalankan kerana mereka sudah biasa mengamalkannya sejak dulu lagi. Tapi jika kita baru hendak melaksanakannya di sini, pasti ramai tak dapat terima. Bagaimanapun, hukum hudud ditetapkan dalam agama Islam dan perbezaan zaman banyak meninggalkan impak terhadap hukuman ini".


Kalau nak baca lebih lanjut boleh KLIK SINI

Comments

  1. malas nak komen pasal artis ni

    ReplyDelete
  2. yelah..diorang ni taktau ke, ketetapan Allah tu sesuai sepanjang zaman. Allah kan Maha Bijaksana.
    apapun, kalau tak tau psl sesuatu adalah lebih baik diam drpd tersalah kata. semoga nanti mereka tahu juga.

    ReplyDelete
  3. kak kasih - ok , faham

    ujie - betul, baik diam drp menunjukkan kejahilan sendiri.

    ReplyDelete
  4. kalau dah tahu hudud itu ketetapan oleh Allah kenapa masih enggan dan ragu2 menegakkan suruhan Allah, kata orang islam.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu