Skip to main content

Susu kocak cairkan lemak

Oh saya memang tak suka susu, bukan tak suka sebenarnya tapi ia boleh membuatkan saya kembung dan akan mengeluarkan gas beracun yang amat bertoksid pada hidung orang lain kalau minum susu terutama susu tepung.

Patutlah saya kekal obes sebab tak suka minum susu..hehe alasan...

Dalam artikel ni ada mengatakan minum susu kocak adalah satu cara paling mudah dan cepat untuk mencairkan lemak dalam badan.

Satu kajian di lakukan di Universiti Brigham Young, Utah mendapati dengan meminum susu kocak dapat mempengaruhi proses pencairan lemak di dalm tubuh seorang WANITA sehingga 50 % lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengambil minuman ini.

***Hmmm saya percaya sebab ada kawan suka minum susu, badan dia cepat susut ketika berdiet.

Comments

  1. Betul ke Kak Aya... Kakak nie sebab ada gastrik minum susu memanjang. Dlm kotak, dalm botol (bukan botol susu tau hehe...), susu tepung (Anlene yg 19-50 tahun punya), tapi gemuk juga susah betul dah turunkan berat badan...:)

    Satu hari kakak minum susu melebihi dar 3 gelas tau. Dah macam routine dah... kalau jenjalan tak sempat minum yg panas, beli air kotak pun jadi (janji tak sejuk)...

    Atau kakak terlebih minum kot..:)

    ReplyDelete
  2. Ala..kita kurang minum susu k.aya..

    ReplyDelete
  3. saya pencinta susu..hari ni juga saya buat satu hidangan.tq akak utk info ni.klu tak cair gak lemak ni saya akan telan bola2 api..haha

    ReplyDelete
  4. kakzakie - kalau tak silap, kalsium membantu meningkatkan metabolisme badan, seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih cepat.


    chekgu - sama la kita.



    puan kutu - eloklah amalkan, badan pun sihat.



    LM - baguslah tu...dengki tengok org ok je minum susu, bila kak aya minum je mulala put put..he he.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan? Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam.  Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.

Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew. Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas. Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta! Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana. Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima. Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lama