Skip to main content

Lebih 20 pasang terbiar dek obesiti



Ini adalah sebahagian baju kurung saya yang tidak muat dipakai sejak saya obes. Sebahagian lagi telah dimasukkan ke dalam kotak dan disimpan di dalam stor.

Saya masih berharap untuk kembali kepada berat sebelum obes kerana sebahagian besar daripada baju kurung di atas ni masih belum sempat dipakai , sekadar pakai acu-acu dibadan je.

Sekarang ni saya tak buat banyak baju kerana saya percaya masih ada harapan untuk memakai semula baju-baju tersebut.

Insyaallah kalau usaha berterusan pasti ada jaya .

*** kawan-kawan , ada tak yang sekapal dengan saya? buat baju tapi tak muat dipakai?

Comments

  1. akak pun byk baju dah ketat
    sebab baju tu mengecut...hihi
    * ayat tak nak terima kenyataan*

    ReplyDelete
  2. kak kasih - betul tu, kain jenis tak 'memberi' tapi mengecut..he he.

    ReplyDelete
  3. kak aya.. usaha tangga kejayaan.. harap berjaya pakai baju2 tu balik ye..

    ReplyDelete
  4. chekgu - insyaallah, besar harapan pada diri sendiri ni..

    ReplyDelete
  5. baju2 yg tak muat, i dah sedekah ...
    tak rasa bersalah bila tak muat hahahaha ...

    ReplyDelete
  6. rasp - masih nak simpan dan nak pakai hu hu ...tunggu tarikh expired baru kasi kat orang.

    ReplyDelete
  7. saya..saya!! hehe. Ada juga baju saya yang tak muat huhu. Saya pun masih simpan dengan harapan berat akan kembali seperti sediakala

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan? Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam.  Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.

Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew. Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas. Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta! Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana. Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima. Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lama