Skip to main content

Macam anak Jepun ke ?




Nadhirah ni kadang-kadang di usik sebagai anak cina, kadang-kadang anak Jepun hanya kerana mata dia yang agak sepet.

Pernah satu hari pada minggu lepas, dia menangis ketika saya menjemput beliau di transit..ingatkan kenapa al dia menangis, rupanya budak-budak lelaki ejek mata dia sepet macam cina..

Alahai...sepet sikit tu tak apalah janji Dhirah dapat melihat dengan baik..hmm itu pujukan saya kalau dia merajuk kerana usikan sebegitu.

Pada saya, tak ada la nampak sepet mana pun mata dia, sebagai ibu tetap kita rasa anak kita dah cukup comel dah...

Comments

  1. sepet juga,tp nadhirah nie kulitnya tak putih sgt kan?sy tgok dr gambar. klu live tak taulah pulak kan.apa pun tetap comel..jgn la nangis2..:)

    ReplyDelete
  2. Puan kutu - a'ah dia tak putih sangat la kalau nak compare dgn warna kulit saya..mungkin dia lebih pada kulit abah dia, mata pun ikut mcm abah dia..jenis kelopak bengkak je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan? Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam.  Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.

Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew. Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas. Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta! Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana. Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima. Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lama