Posts

Showing posts from September, 2011

Legakan Lelah di Klinik Ansar

Image
Baru je balik dari klinik ni...dalam rumah ni ada 3 orang yang sentiasa berpotensi di serang lelah. Setelah sekian lama semuanya lega daripada sebarang kelelahan, hari ni Umar mendapat lelah. Lepas Isyak tadi terus ke klinik, seperti biasalah ke Klinik Ansar la kami 3 beranak. Doktor cakap paru-paru sempit sikit je. Tekak ada merah siikiiit je, selsema sikit. Kena elakkan daripada minuman berais, bergas dan banyak minum air kosong. Seperti biasa, Umar akan iyakan je apa kata doktor tapi belum tentu dia ikut nasihat tu. Kelakar tengok muka Umar time ni, tak pernah nak duduk elok-elok time doktor check dia.

Buffered Earning ...akhirnya muncul jua

Image
Dah lama tak dapat apa-apa BE, hari ni tiba-tiba muncul satu singgah di laman blog ini. Semoga persinggahan ini bukan sekdar persinggahan sementara. Terima kasih untuk NUFFNANG !

Review Novel Takdir Fitrah Terindah

Image
Baru je khatam novel ni, hmm asyik khatam novel je ye! Bilanya nak khatam Quran pulak tu ? Ramadhan hari tu tak sempat khatam pun, ingat-ingat la akhirat sama..( pesanan untuk diri sendiri, orang lain yang membaca entry ni mesti semua bagus-bagus berbanding saya) Novel ni best, saya bagi  4/5 sebab saya sukakan watak heronya, Aiham...gediksss Ala cerita mula-mula tu tak la best sangat tapi, mengisahkan : 1. Fitrah - anak terbuang, di pungut oleh seorang lelaki dan kemudian membesarkan beliau bersama ibu lelaki tersebut. Keluarga lelaki tersebut tidak sukakan si Fitrah ni. 2. Aiham - lelaki yang akhirnya berkahwin tanpa cinta dengan Fitrah, kahwin kerana kehendak si ibu.  3. Fitrah baru putus cinta dengan Imran, Aiham sedang bercinta dengan Rose Alia. 4. Kawin tanpa rasa cinta akhirnya membuatkan mereka membuat keputusan untuk bercerai. Hmm cerita lepas bercerai kemudian jumpa balik selepas beberapa lama terpisah memang banyak yang manis, sedih, malu-malu dan macam-macam

BigMac dan Quarter Pounder - McDonald

Image
Elok la , siang konon tak nak makan nasi, malam bantai makanan berkalori tinggi! Bagus-bagus..

Ingin rambut secantik rambut Maya Karin?

Sejak saya melahirkan Nadhirah, rambut mula gugur dengan jayanya. Sekarang ni rasanya macam makin menipis je rambut kat kepala ni. Belek-belek majalah untuk dapatkan tips kembalikan rambut agar lebih sihat dan 'lebih berambut' Ada beberapa tips: 1. Minum banyak air sekurangya 8 gelas sehari - eh sama macam kesihatan badan jugak ye Air yang mencukupi akan membuatkan rambut lembut berkilau dan subur. 2. Vitamin A dari sayuran seperti lobak merak. Vitamin B dan C daripada buahan, bijirin, telur, susu dan roti. 3. Protein dapat membuatkan setiap helaian rambut menjadi kuat. Mesti kena makan ikan, daging, susu, keju atau telur. 4. Zat besi  iaitu daging merah dan sayuran hiduau tua. Kekurangan zat besi akan mengakibatkan rambut dan folikel kekurangan oksigen ,  Itulah antaranya tips yang perlu diikuti untuk dapatkan rambut yang sihat bersinar berkilau.

Susu kocak cairkan lemak

Oh saya memang tak suka susu, bukan tak suka sebenarnya tapi ia boleh membuatkan saya kembung dan akan mengeluarkan gas beracun yang amat bertoksid pada hidung orang lain kalau minum susu terutama susu tepung. Patutlah saya kekal obes sebab tak suka minum susu..hehe alasan... Dalam artikel ni ada mengatakan minum susu kocak adalah satu cara paling mudah dan cepat untuk mencairkan lemak dalam badan. Satu kajian di lakukan di Universiti Brigham Young, Utah mendapati dengan meminum susu kocak dapat mempengaruhi proses pencairan lemak di dalm tubuh seorang WANITA sehingga 50 % lebih banyak berbanding mereka yang tidak mengambil minuman ini. ***Hmmm saya percaya sebab ada kawan suka minum susu, badan dia cepat susut ketika berdiet.

Makan Ikan untuk lebih Ghairah!

Tadi bab pedas, sekarang pasal ikan pulak..kalau orang Terengganu mesti suka makan ikan sebab sejak kecil lagi dah pandai makan ikan segar-segar, tunggu je tepi pantai untuk dapatkan yang betul-betul fresh dari laut. Saya jumpa artikel pendek ni dalam Majalah Rapi September tentang khasiat makan ikan. Kandungan Vitamin B dalam ikan mampu meningkatkan rasa ghairah dalam diri seseorang.  Fungsinya adalah seperti sebagai zat penentu yang melancarkan hormon dan aliran darah. Ikan juga mempunyai kandungan mineral seprti potasium, magnesium dan kalsium yang juga mampu mewujudkan rasa ghairah. Hasil kajian di Florida juga mendapati ikan adalah salah satu makanan pembangkit ghairah. Selain sebagai pembangkit ghairah, ikan juga mampu memelihara kesihatan tubuh badan seseorang kerana ikan ada Omega 3. Hmmm tak tau lah betoi ke tidak hasil kajian tu, mungkin betul kat negara orang putih je kot. ** ada kawan ofis tak suka makan ikan sejak kecil sampai sekarang

Makan Pedas untuk Kurus seperti Fasha Sandha!

R amai tak orang yang suka makanan pedas? Mesti la ramai punya, penduduk kat Negeri Sembilan contohnya, hampir semua sukakan pedas. Mengikut kajian yang dijalankan di British, makanan pedas mampu membantu sehingga 25% usaha untuk menurunkan berat badan. Serbuk cili atau sos pedas yang digunakan dalam masakan memberi kesan 'thermogenic' pada kadar metablisme seseorang. Haba yang keluar ketika mengambil makanan pedas akan membakar kalori dan lemak dengan lebih pantas secara tidak langsung. Dulu masa tinggal di kampung, tak berapa suka sangat makan pedas-pedas sebab masakan orang Terengganu kurang pedas. Datang KL, dah mula kenal dengan macam-macam masakan pelbagai negeri dan kawin pula dengan orang Nogori, pedas tu dah jadi minat utama. Tapi agaknya terlebih pedas boleh jadi obes jugak kot! he he...ala makan tak terjaga , anggap perut macam tong sampah memanglah obes akhirnya. ** kawan-kawan suka pedas tak?

Diinterview selepas 15 tahun..

Tak disangka-sangka petang tadi, saya kena interiview oleh salah seorang top management yang akan mengambil alih majikan saya bermula 1/10/2011 iaitu bersamaan dengan 15 tahun perkhidmatan saya di situ. Tukang interview tu bukannya orang kita yang tau makan budu belacan tapi orang yang jenis makan salad daun daunan tu...rambut sedia perang bukannya macam orang kita yang buat-buat perang. Maka, saya yang hanya mampu berbahasa bahasa mereka pada tahap budak sekolah rendah aja ni menjawab sepatah-sepatah je la ...walaupun tak lancar, nampaknya si rambut perang tu mampu mencatat dengan baik apa yang saya cakapkan. Tidak kurang 15 soalan yang perlu saya jawab mengenai latar belakang , keluarga, pendidikan, pengalaman kerja, tentang syarikat sekarang,tentang syarikat yang bakal mengambil alih, tentang misi saya untuk 5 tahun akan datang, seronok tak seronoknya bekerja di sini. Nasib baik la ianya berakhir dengan baik dan lancar. Rasanya lebih dipanggil mengejut begitu daripada diberi

Selayang Mulia - Internet signal nyawa-nyawa ikan!

Beberapa malam ni saya tidak dapat blogwalking kerana internet seperti hidup segan, mati tak mau. Kita yang tercatuk depan PC ni terasa macam nak hempuk kepala pada monitor je, tapi kalau hantuk mau sendiri yang tambah sakit. Sudahnya off pc dan mengadap novel. Malam ni saya update tentang perkara ni awal-awal sebelum signal terus hilang dan awal pagi esok baru la mulakan kerja-kerja blogwalking , kalau mata ni mampu celik lebih awal daripada biasa. ( macam la ada orang kisah saya update atau tidak).  Hari ni penat sikit sebab berkejar dengan kain baju sekolah yang kena cuci tangan, semalam layan rasa malas, hari ni tanggung sendiri la risiko atas kemalasan hari semalam. ** kawan-kawan, apa cerita hari ni?

Supplement untuk Wanita

Sejujurnya saya ni kan, tak ada mengambil apa-apa makanan tambahan secara konsisten. Sedikit hari lagi usia akan melewati 40 tahun, sepatutnya dah mula mengambil makanan tambahan. Jom la kita pakat share, apa supplement yang kawan-kawan semua ambil dan apa faedah yang telah dialami sejak ambil supplement tersebut?

Ringkasan ejaan pada entry

Saya akui yang saya ni bukan la pakar bahasa pun , lulusan pun takat SPM je tapi saya agak "tidak boleh nak berkompromi" dengan mereka yang suka menggunakan ejaan yang terlalu dipendekkan.  Nampaknya takat pergi sekali je la ke blog tu lepas tu tak ada lagi de... Kalau setakat ringkasan ejaan yang biasa-biasa tu masih boleh di terima la ( walau pun terima tak sepenuh hati) tapi kalau satu entry menggunakan ringkasan yang saya sendiri terkial-kial menafsirkan maksudnya, itu satu kerugian sebab kalau kita menulis entry, kita mahukan pembaca faham apa yang kita tulis. Biasanya tiap kali saya baca entry, selalu saya perhatikan pada ejaan, setiap satu saya perhatika perhatikan. Selalu rasa tidak puas hati dalam diri sendiri kalau terjumpa ejaan yang sengaja-sengaja di pendekkan. Bagi saya ini merosakkan bahasa. Saya masih menggunakan ayat penuh ketika bersms kecuali untuk ringkasan yang memang kita dah biasa guna , biarlah nak dikatakan orang kampung, orang skema tapi bagi

Gambar Beg Guna Semula

Image
Sekarang ni kan, tiap Sabtu adalah Hari Tanpa Beg Plastik di pasaraya-pasaraya dan premis seperti Guardian, Watsons ( sekdar meyebut beberapa tempat sebab tempat ni kerap disinggah-singgah jenguk) Kalau kat pasar basah masih lagi ada beg plastik. Kita masih boleh dapatkan beg plastik di tempat tersebut dengan membayar beberapa sen untuk sehelai beg plastik. Dengarnya, selepas ini pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan memperluaskan kempen 'Hari Tanpa Beg Plastik ' ke pasar tani pula. Kempen ini akan membantu kita menjaga alam sekitar bukan untuk masa sekarang, malah masa depan generasi kita. Ni ada beberapa gambar beg guna semula, cantik-cantik kan?

Majalah Anjung Seri October 2011

Image
Saya ni suka sangat dengan Majalah Anjung Seri tapi tidaklah membeli setiap bulan, kadang-kadang beli, kadang-kadang tidak . Keluaran Terbaru, Oktober 2011 Sebahagian koleksi sejak dulu-dulu Kononnya beli majalah ni sebagai bahan rujukan la untuk menghias rumah tapi sampai saat ni rumah saya masih lagi tidak berhias. Sabtu Ahad kemas elok, masuk Isnin hingga Jumaat, macam tongkang pecah. Tapi tak apalah kan, sekurangnya dah ada bahan rujukan boleh lah rujuk bila-bila perlu. Saya suka sangat dengan ruangan" Sentuhan Peribadi" di dalam majalah ni .Pelabgai gaya hiasan ditonjolkan. Saya sukakan gaya Inggeris yang agak sederhana, bukan keseluruhannya Inggeris. Manakala suami pulak sukakan gaya moden. Dek kerana pertembungan minat agaknya, rumah kami tidak bergaya ala apa-apa pun hi hi... Ni salah satu rumah yang terpilih untuk ruangan 'Sentuhan Peribadi' dengan hiasan ala Inggeris, kemas je rumah ni, walaupun tuan rumah ni mengasuh 6 orang anak jiran y

Gambar di Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya

Image
Gambar-gambar ini diambil selepas tamatnya acara sukan tadika Umar.

Sukarnya mencari identiti blog sendiri.

Sudah setahun saya berblog, sampai ke saat saya menaip entry ini saya masih lagi tak dapat mencari kelainan yang seharusnya saya tonjolkan pada blog saya bagi membezakan antara blog saya dengan blog blogger lain. Tiada sesuatu yang unik atau lain daripada kebiasaan. Sama saja. Senang bercerita tentang hal-hal peribadi bersama keluarga, kisah di tempat kerja..kalau rasa nak up traffic sikit, cari kisah-kisah artis.  Sama, tiada beza dengan lain-lain blog yang sedang merangkak bersama untuk naik. Saya tidak suka terlalu kerap menceritakan perihal artis tetapi cerita sebegitu menaikkan traffic blog. Saya tidak mahu mengikut idea Ben Ashaari yang sememangnya sudah jadi satu trademark bersama segmen. Saya tidak tau bagaimana harus mencungkil keunikan yang ada di dalam diri lantas dizahirkan pada muka blog. Kalau saya membaca tip blogger berjaya, salah satu cara untuk cepat naik adalah dengan menampilkan kelainan di dalam berblog. Ok saya percaya, di dalam apa bidang pun, kel

Hari Sukan Tadika Naluri Kreatif

Image
Semalam berlangsungnya hari sukan tu, nun jauh di padang berhampiran Muzium Alam Semulajadi, Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya..tak ramai ibubapa yang datang , mungkin tempat agak jauh berbanding tahun sebelumnya. Selepas je acara makan berakhir, kami minta diri lebih awal kerana perlu ke rumah supplier selimut tampal di Presint 9. Gambar ketika acara berlangsung hanya di dalam bentuk video , saya hanya upload gambar-gambar santai kami kat sana je la.

Kali pertama jumpa komen Ben Ashaari pada entry

Image
Mungkin selama ni saya tidak banyak buat blogwalking, sebab tu saya tak pernah jumpa Ben Ashaari komen pada mana-mana entry.  Pernah terfikir mungkin hanya entry yang betul-betul memerlukan dia komen baru la dia akan berbuat demikian. Pagi ni ketika blogwalking di blog INI , lepas baca entry ni , klik pada ruangan komen, aikkk terkojut den sebab tengok BA komen, hmmmm setuju dengan komen BA tu..saya pun tak minat dengan Memey-Norman-Abby tapi berilah sedikit ruang untuk pasangan pengantin tu untuk memulakan hidup dengan sebaik mungkin. Sejak awal hingga ke berkahwin, semuanya dirai dengan kebencian. Hanya entry yang terpilih aja yang menjadi pilihan Ben Ashaari untuk meninggalkan komen , nampaknya ya! Kalau saya menjadi tuan blog tersebut, mesti rasa sangat berbesar hati bila blogger popular dan juga berjaya datang baca entry dan meninggalkan komen.

Performance blog Dahlia Journal Sungguh Mengujakan saya!

Malam ni berpeluang mengadap PC lebih awal memandangkan tiada siapa yang heran dengan PC ni nampaknya. Anak-anak sedang seronok bergurau mesra dengan abah mereka. Lantas, saya pun terjah lah ke blog Dahlia Journal  hasil rekomen oleh Puan Bee   sebelum ini. Banyak ilmu blogging ada di sini..ye , sesungguhnya saya rasa kalau serius ingin menjana pendapatan melalui blog, banyak sangat ilmu terutama tentang SEO yang perlu saya cari. Blog DJ ni mempunyai traffic yang sungguh tinggi, tak tercapai dek blog saya . Blog saya ini hanya mempunyai traffic sekadar antara 50-90UV sehari. Termenung panjang tengok performance blog DJ setiap bulan, kalau tak percaya, boleh KLIK SINI Masih belum idea dan plan untuk menjadikan traffic blog ini sedemikian rupa. *** berapakah UV traffic blog kawan semua?

Prejudis

Kadang-kadang hidup di dalam lingkungan orang yang sentiasa prejudis terhadap pendirian, sikap dan sifat serta prinsip hidup orang lain, boleh membuatkan kita seperti hidup di dalam sebuah kotak yang sempit dan gelap. Nak keluar tak boleh, nak kekal kat dalam tu pun tak boleh. Kita pulak lama-lama yang stress. Beginilah ibaratnya kalau ada kawan yang suka sangat tunjuk prejudis dia terhadap orang lain, kadang-kadang kita sendiri sebagai sahabat beliau pun masih gagal memahami kenapa dia suka macam ni? Apa yang saya nampak, mereka yang suka prejudis pada orang lain selalunya merasakan diri dia hebat dan berada di pihak yang sentiasa betul. Hmmm kita tegur dengan baik pun pasti berderet hujahan yang keluar dari mulut dia.  Ada  waktunya , dia boleh prejudis pada kita kawan lama dia ni hanya kerana tidak sependapat. **  Ada  tak dikalangan kawan anda semua yang suka bersikap prejudis terhadap orang lain?

Joyful Art - Fokus terbaru Nadhirah dan Umar

Image
Buku ni baru je beli semalam, sorang satu. Nanti tak adalah yang bising-bising mengadu adik kacau buku kakak. Jadi si kakak tolong belikan untuk si adik sekali.  Dapat je buku ni daripada Nadhirah, konon hadiah la tu daripada seorang kakak...Umar  terus mewarna, cari lukisan yang dia suka dulu, mula-mula Ben 10, kemudian Doraemon. Nadhirah pulak melukis dulu, kemudian baru mewarna. Biasalah perempuan ni lain sikit kalau nak compare dengan lelaki, perempuan mesti nak tengok-tengok dulu, cuba-cuba lukis, kemudian baru la mewarna. Dalam buku ni ada di ajar cara-cara untuk melukis dengan mengikut arahan yang diberikan dalam bentuk lukisan. Agak menarik untuk kanak-kanak seusia Umar dan Nadhirah. Kakak punya! Dah tentu la Umar yang punya.

Stok novel terbaru sudah sampai!

Image
I ni bukan novel kepunyaan saya tapi sahabat baik saya yang punya.. Nanti dah habis baca, dia akan mula jual novel-novel ni. Kalau ada yang berminat, bagitau la ye...harga diskaun 30% dari harga asal. Ada lebih kurang 100 buah yang akan di jual.

Bakal atlet negara tidur awal!

Image
Esok adalah hari sukan dan hari keluarga Tadika Naluri Kreatif , Umar masuk 2 acara iaitu berlari dalam guni dan membawa bola dalam sudu. Kalau tahun lepas, saya ada buat entry tentang hari sukan Umar, bagaimana Umar sibuk di taman permainan ketika kawan-kawan sedang bertanding untuk mendapat tempat pertama bagi setiap acara. Dia langsung tak nak masuk apa-apa acara pagi tu hanya kerana nak berkepit dengan mama. Jadi esok kita tengok dia macam mana, adakah sama macam tahun lepas atau tahun ni dah jadi anak bujang, lebih matang sikit kot. Semangat yang ada dalam diri dia memang meluap-luap, itu masa kat rumah la...dah sampai sana lain pulak ceritanya...macam malam ni, dia tidur awal sebab nak bangun awal, pukul 8 perlu ada di Putrajaya dah. Semoga esok dia bersemangat untuk masuk acara yang sudah ditetapkan. *** agaknya ada tak yang jenis macam Umar ni? asal ada mama je mulalah nak berkepit. Kalau mama tak ada, dia lah hero di tadika tu.

Nak cantik macam Rozita Che Wan hajatnya...

Image
*** baru je mencuba...kawan semua pakai jenama apa? 

Obes - tumit kaki pecah

Malu nak ambik gambar tumit kaki saya  yang pecah merekah. Ni salah satu lagi kesan obesiti ke atas saya. Bukan main banyak taram losyen segala bagai tapi sampai hari ni rasanya macam makin merekah je. Kadang-kadang cuba sapu kulit pisang pada tumit kaki sebagai petua untuk tumit pecah namun nampaknya keadaan tetap sama juga. Tadi saya cuba google tip untuk hilangkan pecah dan merekah di tumit. Jumpa blog INI dan ada tips sekali. 1. Anda sediakan sebiji  kelapa tua . 2. Kemudian belah dua kelapa tua tadi. 3. Colek lendir yang terdapat pada bahagian isi kelapa tersebut. 4. Sapukanlah lendir itu ke seluruh bahagian tapak kaki dan tumit anda. 5. Seterusnya, panaskan tapak kaki anda di atas atau berdekatan bara api selama beberapa minit. Jarakkanlah kaki anda dan bara api tu mengikut keselesaan masing-masing. Anda boleh mengulangi petua di atas sebanyak 3 kali dalam seminggu. Jika tiada aral, tapak kaki anda akan licin dan cantik. Selamat Mencuba bagi yang me

Macam anak Jepun ke ?

Image
Nadhirah ni kadang-kadang di usik sebagai anak cina, kadang-kadang anak Jepun hanya kerana mata dia yang agak sepet. Pernah satu hari pada minggu lepas, dia menangis ketika saya menjemput beliau di transit..ingatkan kenapa al dia menangis, rupanya budak-budak lelaki ejek mata dia sepet macam cina.. Alahai...sepet sikit tu tak apalah janji Dhirah dapat melihat dengan baik..hmm itu pujukan saya kalau dia merajuk kerana usikan sebegitu. Pada saya, tak ada la nampak sepet mana pun mata dia, sebagai ibu tetap kita rasa anak kita dah cukup comel dah...

Yes boss! Entah bila bersemi..

Image
Dua novel yang telah berhabuk menunggu tuannya membelek dan membaca...tuan masih belum ada mood untuk memulakan pembacaan. *** kawan-kawan, ada tak yang kaki novel macam saya ni?dah baca ke 2 novel di atas tu?

Atas lantai jugak pilihannya

Image
Kat rumah ni, meja tulis sorang satu..tapi tengok lah ...atas lantai jugak lah yang mereka suka..tertonggeng-tonggeng buat kerja sekolah ..

Lebih 20 pasang terbiar dek obesiti

Image
Ini adalah sebahagian baju kurung saya yang tidak muat dipakai sejak saya obes. Sebahagian lagi telah dimasukkan ke dalam kotak dan disimpan di dalam stor. Saya masih berharap untuk kembali kepada berat sebelum obes kerana sebahagian besar daripada baju kurung di atas ni masih belum sempat dipakai , sekadar pakai acu-acu dibadan je. Sekarang ni saya tak buat banyak baju kerana saya percaya masih ada harapan untuk memakai semula baju-baju tersebut. Insyaallah kalau usaha berterusan pasti ada jaya . *** kawan-kawan , ada tak yang sekapal dengan saya? buat baju tapi tak muat dipakai?

Terima kasih! Terima Kasih!

Tiba-tiba pulak nak buat entry tentang ucapan terima kasih ni…. Sebenarnya itu adalah ucapan yang memang terlalu biasa kedengaran kalau saya atau rakan sepejabat memberi bantuan dari segi kerja atau apa saja di dalam jabatan saya ni. .hatta menyiapkan tugasan harian sendiri pun diberi ganjaran ucapan terimakasih oleh bos kecik saya..tak tau lah apa niat mereka tapi secara positifnya saya anggap mereka menghargai kerja-kerja kita walaupun apa pangkat kita. Kadang –kadang menjadi bahan lawak pulak antara saya dengan rakan sekerja lagi sorang tu, bukan apa terasa seperti sungguh skema je kami semua kat sini. Penuh berhemah dan bersopan santun betul la mereka ni. Kalau setakat sekali dua je ok lagi tapi ini berkali-kali sehari, mana kami tak rasa gelihati. Dah jadi satu kebiasaan dah kat sini. Sepanjang 15 tahun ( 1 Oktober , genaplah 15 tahun di company ni) , bos besar bos kecik bersilih ganti dalam jabatan saya ni, yang kekal hanya saya dan rakan sejawatan saya yang sa

Obes - sakit kaki

Kebelakangan ini , pergelangan kaki dan tapak kaki saya sungguh sakit terutama bila banyak berjalan dan berdiri. Jumpa doktor, seperti biasa pastinya saranan beliau agar menurunkan berat badan untuk mengatasi masalah sakit tapak kaki dan pergelangan kaki ni. Seksa sangat bila nak berjalan kalau bahagian pergelangan kaki tu mula boikot tuan dia. Agaknya kaki saya dah lama menanggung beban derita yang amat sangat kerana tuan beliau ni tak tau jaga hati anggota badan sendiri, yang dia tau makan makan makan je. Terima kasih anggota badanku kerana bersabar selama ni dan sekarang kamu semua sudah hilang sabar nampaknya, baguslah sekurangnya mampu membuatkan tuanmu ini tersedar sekalipun agak terlewat! **** kawan-kawan , ada tak yang sakit pergelangan kaki macam saya ni?

AMARAN! Tengok saiz pinggang...

Kalau anda seorang wanita...ukuran saiz pinggang melebih 34.60 inci.. ' ANDA SEBENARNYA SEDANG MENGHAMPIRI MASALAH KESIHATAN, JIKA TIDAK DIKAWAL, IA BOLEH MEYEBABKAN PENYAKIT DIABETES,JANTUNG DAN KELAINAN PADA TAHAP KOLESTROL'

Obesiti boleh sebabkan buta

I nfo ini saya perolehi dari MAJALAH MIDI, ngeri jugak membayangkannya, apatah lagi sendiri sedang menghadapi masalah obesiti. 2 doktor mata daripada Goldschlger Eye Insititute Sheba Medical Centre, Prof Michael Belkin dan Dr Zohar Habot-Winner mengkaji lebih daripada 20 penelitian yang melibatkan pesakit di seluruh dunia. Mereka mendapati terdapat hubungan yang sangat kuat antara obesiti dan berkembangnya empat masalah mata yang menyebabkan kebutaan, penurunan penglihatan kerena usia, katarak, glaucoma dan diabetic retinopathy. Menurut doktor Prof Belkin, mereka dengan BMI tinggi atau obesiti mempunyai risiko masalah mata yang lebih tinggi dan keempat-empat masalah mata akan lebih cepat berkembang pada mereka yang obesiti. ***Hmmm saya dapat rasakan saya seperti menghadapi masalah rabun dekat sekarang ni, adakah kerana obesiti, usia atau banyak mengadap komputer. ***Kawan-kawan semua ada menghadapi masalah rabun dekat macam saya tak?

Kurus dengan produk Sendayu Tinggi

Image
Malam tadi tidur lewat, blogwalking dan cari info..salah satu info yang dicari adalah tentang produk untuk menguruskan badan. Salah satu menarik perhatian adalah produk dari Sendayu Tinggi..sebab apa tertarik? hmm ada kawan kat ofis tu badan dia dulu boleh tahan jugak la..pernah join aerobic sama-sama dengan saya satu masa dulu. Sepanjang aerobic, tak ada nampak dia macam susut tapi bila stop aerobic dan ambik produk Sendayu Tinggi, memang ketara penurunan beratnya dan sekarang dah lebih 5 tahun dia maintain slim.  Ada tak sesapa yang baca entry ni yang ada pengalaman menggunakan Set Slimming Sendayu Tinggi ni? Kongsi-kongsikan la dengan saya yang obes ni.....bukan bermakna saya nak beli tapi orang kata kita dengar apa kata mereka yang berpengalaman sebelum membuat keputusan.

Tutorial buat scroll pada bloglist dan blog archive

Ok, setelah DIANA bagi komen tentang bloglist dan blog archive saya yang panjang berjela tu dan dia syorkan agar buat scroll pada kedua-dua widget ni. Ok, saya ni memang agak terkial -kial orangnya kalau bab-bab edit HTML tapi kebaikan berblog adalah saling bantu membantu secara maya. Sungguh bagus! Ok, berpeluh jugak la sebab pada mulanya saya ke blog CIKTOM , di situ ada tutorial mengenai perkara ni tapi mungkin tak sesuai dengan html code template saya ni. Ok, tak nak berputus asa, cuba pergi ke blog lain, iaitu blog kroleZONE , Alhamdulillah sesuai dengan html code template ni.  Ok, berjaya sudah! terima kasih untuk CIKTOM  dan kroleZONE  . Boleh klik pada nama mereka berdua ye kalau nak tau tutorialnya bagaimana . OK. *** OK tak lepas buat scroll ni? komen ye!

Blog Review oleh Dianarashid.com

Bulan puasa lepas, saya ada buat ENTRY NI  sebagai syarat untuk mendapat review daripada DIANA. Hari ni DIANA dah pun review blog saya ni. Boleh baca kat SINI. Kali pertama blog ini direview oleh mereka yang lebih berpengalaman dari saya. Rasa malu-malu mulanya nak baca review tu. ** mengada-ngada Tak banyak yang DIANA komen tentang blog ini kecuali DIANA cadangkan pasang scroll untuk bloglist dan blog archive. Ok, saya akan cari cara-cara nak pasang scroll semua ni. ** ramai yang puji header blog ni, sebenarnya ini hasil kreatif Puan Sha dari Whitey Mommy. Saya ni satu apa pun tak reti tentang header segala bagai ni. Kita kena serahkan pada yang pakar kalau kita tak boleh buat. Apa pun terima kasih untuk DIANA kerana sudi review...saya buka kepada sesiapa saja untuk memberi cadangan dan komen maupun kritikan membina tentang blog saya ini. 

Mana tak obes kalau selalu sangat makan.....

Image
Nasi dagang dan teh panas. Lokasi di Pasar Selayang, berhampiran bekas Balai Polis Selayang .

Anak-anak terima hadiah basikal...

Image
Ini cerita Ahad lepas...baru dapat update...hari ni dah 8 hari beli basikal...betis Nadhirah berparut-parut,lutut lebam, basikal pun dah ada yang kemek dan patah. Apa pun seronok tengok mereka gembira dapat apa yang diidamkan sekian lama. Petang ni mereka berdua berkayuh ke rumah makcik sambil ditemani mama yang berjalan kaki. Mereka biasa-biasa je tapi mama yang letih berpeluh-peluh, susah gila nak kontrol handle Umar sebab dia kayuh ikut kepala dia je...kaki kayuh kepala pusing-pusing tengok depan belakang, asyik nak terbabas je. *** apa hadiah yang masih dihajati oleh anak-anak sahabat semua?