Novel Syurga Diwajahmu

Saya suka dan saya tak suka cerita novel ni.


Ok, saya ok sebenarnya , apa yang saya suka adalah:


1. Banyak babak gatal merenyam antara suami isteri terutama dalam bilik tidur..** ambooiii gatal noo.


2. Watak heronya fuhh sungguh cool , sabar, romantis, baik dan bla bla semuanya indah belaka


3. Saya suka suasana persekitaran yang digambarkan, seperti di jeram..rasa damai je.


4. Saya suka hubungan kekeluargaan 


5. Saya suka bab-bab agama ditekankan dan secara tak langsung ada pengajaran dan peringatan kepada yang membaca novel ini.


6. Saya rasa pengajaran yang nak disampaikan di dalam novel ini adalah jangan keras hati macam Idayu** walaupun saya pun selalu dicop keras hati he he, tak mau menuduh melulu tanpa usul periksa terutamanya pada suami kita, kalau cinta ucapkanlah cinta agar pasangan anda tau anda cintakan dia..kedudukan suami adalah tinggi, taat dan hormatila dia.


7. Saya suka novel ni kerana jalan ceritanya mudah dan ringkas, tak perlu nak pening-pening fikir.


Satu je yang saya tak suka dengan novel ni.....hmm saya tak suka la kalau ada 2 hero, sorang tu bahagia, sorang tu merana...memang saya tak berkenan betul dengan situasi begini, kalau boleh biar la semua happy je.


Nak tau kisah ni, boleh beli novel ni di mana-mana kedai buku...nak beli dengan saya pun boleh, diskaun 30%.




5 comments :

atuk said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Kak Aya

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah

itu dinamakan cerita..apa2 pun boleh berlaku..he he

Wassalam

Azian Elias said... [Reply to Comments]

hee..bab gatal merenyam..hee

Puan Kutu said... [Reply to Comments]

macam menarik jer dr ulasan kak aya tentang novel nie..:)

salam Aidiladha utk kak aya sekeluarga..

kasihredha said... [Reply to Comments]

salam aidil adha aya :)

Banyak yg best dari yang tak best buku ni
7 best cuma satu jer yg tak best :)

Laila Hanni said... [Reply to Comments]

Salam Aya...

Thanks untuk komen ni. sure will take note dengan benda yang aya suka dan tak suka tu.... hehehe... dan... untuk yang tak suka, kita 'pending'kan kebahagiaan bagi Hairi tu. mana tahu nanti dia akan jumpa kebahagiaan dia satu hari nanti...? just wait n see.... winks*

Post a Comment