24 November datang lagi...

Jam di dashboard PC 11.46 malam...lewat betul saya dapat online...

Hari ni 24 November 2011, bermaknanya 22 tahun sudah arwah ayah saya kembali ke rahmatullah.

Pemergian kerana kemalangan jalanraya seusai makan tengahari dan ketika hampir solat Jumaat.

Meninggalkan 6 anak yang masih kecil ketika itu dan seorang isteri yang sedang sakit.

Menoleh ke belakang ,  getirnya masih lagi terasa. peritnya menjadi anak yatim,menumpang kasih pada tok dan tok ayah ( telah pun meninggal 5 tahun lepas).

Kini, semua sudah berlalu, kami sudah pun dewasa dan hidup bahagia seadanya.

Mak kian di mamah usia, melalui hari-hari sunyi tanpa suami.

Berkongsi tarikh yang sama dengan pemergian arwah ayah adalah tarikh kelahiran adik keempat saya..katanya suatu masa dulu " mesti orang akan lupakan tarikh lahir dia kerana orang lebih mengingati tarih kematian ayah"

Kami adik beradik sentiasa ingat kedua-dua peristiwa tu tiap kali hadirnya 24 November.

Hmm secara kebetulan, November adalah bulan untuk kami lebih mengingati mereka di dalam keluarga yang telah pergi mengadap Illahi. Bermula arwah ayah, arwah tok cik, arwah tok, arwah tok ayah, arwah atuk sebelah suami .

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh  mereka dan semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beramal soleh .

Aflatihah untuk arwah Yusof bin Kassim


Comments

  1. salam kak aya, saya doakan ayahnda aman di sana.Al-fatihah..moga rohnya dicucuri rahman..

    ReplyDelete
  2. alfatihah...semoga rohnya dtempatkan dikalangan org2 beriman

    ReplyDelete
  3. Alfatihah, alhamdulillah ibu kak aya berjaya membesarkan 6 org Anak hgga bjaya...smg roh mereka dicucuri rahmat alfatihah

    ReplyDelete
  4. Salam Aya..baca coretan hati Aya ni tringat kat Arwah Mak & Ayah yg dok kat kg sorang2.sibbaek adik llaki dok dekat ngannya..blh la menjenguknya setiap hari.
    Al Fatihah mereka2 yg telah pergi meninggalkn kita.

    ReplyDelete
  5. Al fatihah.. semoga roh ayahanda kak aya dicucuri rahmat dan berada di kalangan org2 yg beriman. amin

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu