Skip to main content

Novel My Love is Playgirl

Hari ni sesi tayang gambar novel dan majalah je..** memang tak ada idea nak menulis entry.

Baru saja selesai membaca novel Biarkan Ia Berlalu, fuhhh tebal dan mengambil 2,3 hari untuk selesaikan membaca...nanti kalau rajin saya buat ulasan.

Ada 5 novel yang sedang menanti di atas meja....salah satunya adalah yang ni:

Dah ada yang baca dan memang ramai yang dah baca sebenarnya...saya je yang lambat sokmo..tak apa, biarlah lambat , jangan tak langsung.

Ok..selamat malam..jangan jadi playgirl ye!



***** UPDATE PADA 17/12/11  -  NOVEL NI TAK BEST DAN RASA RUGI SANGAT SAYA BELI.

Comments

  1. aya..memang suka baca novel ye
    waktu remaja dulu akak memang hobby baca novel..
    kebetulan library dekat je dgn rumah akak..selalu pinjam.

    ReplyDelete
  2. Baca tajuk ingatkan novel dlm bahasa inggeris tadi.. sy memang tak tahu perkembangan novel2.. tp tau la 2-3 tajuk. Tu pun sbb baca blog kak aya.. kiki..

    ReplyDelete
  3. @kasihredha
    a'ah dari seklah sampai la ni suka baca novel tp stop kejap masa dapat anak pertama hinggalah kebelakangan ni baru start baca semula.

    ReplyDelete
  4. @Zefa NorAsmara
    tajuk je bahasa inggeris, kisahnya melayu

    ReplyDelete
  5. Saya masih tak brkesmpatan nak cari novel2 terbaru...Biasanya beli borong secara on-line jer..tapi tnggu karangkraf Mall buat offer..heheheh...

    ReplyDelete
  6. masih baca novel yg seminggu dua tak abes lagi sungguh lambat sy nie hehe

    ReplyDelete
  7. akak novel my love is playgirl ni best x...bg akak rugi x beli novel ni...

    ReplyDelete
  8. @Tanpa Nama
    akak belum baca lagi novel ni, masih elok berbalut plastik...

    ReplyDelete
  9. err ..sorry to say lah ..novel ni tak best -.-' tak menarik perhatian langsung tau !

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan? Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam.  Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.

Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew. Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas. Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta! Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana. Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima. Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lama