Selepas PKP

 Dah setahun rupanya Kak Aya berterusan bekerja dari rumah. Alhamdulillah, salah satu hikmah disebalik ujian Covid 19.

Kini selepas setahun bekerja dari rumah, dah pun dapat jadual untuk kembali bekerja di pejabat.

Tapi disebabkan anak-anak masih belajar secara online di rumah, Kak Aya memohon untuk kekal bekerja di rumah untuk tempoh beberapa minggu lagi. Alhamdulillah, ketua jabatan meluluskan permohonan tu tapi bila sekolah dah mula dibuka bagi negeri di bawah Fasa 4, kita pun wajib masuk ofis.

Bercerita tentang masuk ofis ni, sejujurnya Kak Aya macam hilang semangat. Banyak sebabnya dan rasa ni muncul sejak sebelum musim Covid lagi.

Tapi apa pun situasi, kerja adalah satu perkara utama, sebabnya banyak perkara berganting dengan gaji.

Jadi buat masa ni, apa boleh dikatakan adalah menunggu tarikh untuk kembali masuk bekerja dengan macam-macam doa dan pengharapan.

Semoga Allah permudahkan segala urusan.



Tuan blog yang dah setahun berkurung kat rumah.


Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu