14 October 2021

KDrama : High Class

 Baru je tengok dalam 5 episod, so far ok la , tak bosan dan ada plot twist yang bakal terjadi. 


Secara ringkasnya, setakat yang Kak Aya sempat tonton, mengisahkan seorang peguam yang dituduh membunuh suaminya, memulakan hidup baru di Jeju bersama anak lelakinya.

Anaknya berjaya memasuki sekolah berprestij di Jeju, nak masuk situ punyalah banyak kriteria yang kena penuhi.

Kalau tengok ketelah mak-mak yang anaknya sekolah kat sekolah tu aduii la memang dasar orang kayakah , gitu? Hi hi layan aja la

Mereka ni sanggup buat apa je demi nak memasukkan anak kat sekolah tu.

Di Malaysia ni mungkin adakah jugak yang sanggup buat apa je dengan harapan anak dapat masuk ke sekolah berprestij? 

Kembali kepada drama ni, ada waktu rasa macam slow je perjalanan ceritanya, tak tau la kot dah masuk ke episoh 6 ke atas mula lancar.

Setakat ni memang macam teka teki bermain dalam kepala, belum campur menyampah dengan perangai mak yang perasan power sangat tu.

Drama ni kalau nak tengok santai-santai time tak ada kerja , boleh la. 

Kak Aya tak begitu minat dengan drama yang menonjolkan kehidupan orang kaya ni tapi sebab tak tau nak tengok drama apa buat masa ni, tengok jugak la slow2 cerita ni.

Masa untuk menonton drama tak begitu ada tapi kadang-kadang tu cuba jugak curi masa. 

Selain drama ni yang Kak Aya curi tengok sekarang ni, ada lagi 2 drama lain - Dali and the Crocky Prince dan satu lagi The Veil. Tengok pun tak la begitu fokus mana , sebab timing tak berapa ok sekarang, busy dengan quarterly closing.

Pulak tu kalau bekerja dari rumah, waktu kerjanya tak fix. Siang malam kerja sebab ada waktunya kita lari ke dapur untuk sediakan makanan . Kejap lari ke belakang angkat kain dari penyidai, jadi malam kena la ngadap kerja lagi .

Gitu la, cerita hari ni .



p/s: Gambar tak ada kaitan.




No comments:

Post a Comment