Covid 19 - Moga cepat sembuh, sahabatku

 Pagi tadi terima berita sahabat baik Kak Aya telah ditidurkan kerana positif Covid.

Allahu punya la terkejut Kak Aya, airmata menderu keluar tanpa isyarat.

2 minggu lepas Kak Aya ada hantar mesej melalui Whatsapp, sampai hari ni tak ada reply.

Kak Aya beranggapan dia sangat busy sekarang, Kak Aya sangat faham dia selalu sibuk walaupun dimusim pandemik ni, event online company ada yang masih berjalan seperti biasa. 

Hubungan persahabatan Kak Aya dengan dia, memang special. Bagi Kak Aya, sangat special, sebabnya kami ni boleh la dikatakan sahabat kala susah.

Kalau kami ni senang happy happy memang tak ada antara kami yang mengirim khabar, share kegembiraan itu.

Tapi salah seorang dari kami di dalam kesusahan, pasti ada berita antara kami. MasyaAllah , Allah hadirkan sahabat dalam pelbagai keadaan. Kak Aya sangat mensyukurinya.

Kami berdua berkawan sejak kali pertama pergi kursus syarikat bersama-sama sekitar tahun 97 , pada awal-awal masuk kerja dulu.

Sejak tu kami rapat tapi percaya tak kami ni rapat melalui emel dan sms ( ketika itu belum ada whatsapp). Kami ketika itu agak kerap berhubung kerana mungkin status single yang menjadikan kami ni kurang busy kala weekend. Jadi banyak la masa untuk berSMS.

Kalau di ofis, kami kerap terserempak di surau dan pantry. Kalau jumpa kami sekadar hai hai bye bye je hi hi.

Tahun berganti tahun macam ni la kami.. dia sangat baik, seorang yang mengingati tarikh hari lahir, suka nak merai, kalau hari raya suka menjamu sahabat tapi sebaliknya pulak dengan Kak Aya nan sorang ni, jadi kami meraikan perbezaan kami ni ,cuba ambil jalan tengah sebaiknya.

Ada waktnya Kak Aya rasa rendah diri tengok peningkatan kerjaya beliau.. tengok dia dah mampu bercuti ke luar negara walaupun dia kerap ajak join dia dan rakan-rakan, tapi kami ni ada perbezaan he he , Kak Aya memang jenis kalau nak bercuti macam tu mesti nak bawa anak-anak.

Itu la beza kami berdua  - dia tak sanggup hantar anak-anak sekolah berasrama tapi Kak Aya pulak sanggup hantar anak-anak ke asrama tapi Kak Aya tak sanggup nak bercuti tanpa anak-anak.

Perbezaan yang tak ada la sampai jadi satu isu pun , Kak Aya happy tengok dia happy kerana Kak Aya pernah tengok saat dia tak happy dalam tempoh yang lama.

Kak Aya rasa dia la satunya sahabat Kak Aya yang sangat penyabar orangnya. Sabar dalam setiap perkara, Allahu Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa penyabarnya sahabat Kak Aya sorang ni.

Ya Allah yang Maha Penyembuh, sembuhkan lah sahabatku dan setiap mereka yang sedang diuji dengan kesakitan saat ini. tiada kesembuhan melainkan Engkau Yang Menyembuhkannya Wahai Allah yang Maha Penyembuh. Amiiin.

Zai... kita sahabat baik , hanya Allah yang tau hubungan kita, walaupun tiada sekeping gambar pun yang dapat mengesahkan kita berdua kawan baik hihi , baru perasan kita tak pernah ada gambar berdua, kita ni memang betul la sahabat maya je dan agaknya kawan-kawan kita yang lain tau tak yang kita ni sebenarnya akrab.

Zai..nanti dah sihat, kau mesti baca post aku ni ..banyak nak share tapi airmata ni menghalang jari terus menaip.

Zai, moga cepat sembuh, kita kan nak tua bersama, nanti boleh share pasal cucu cucu kita, Insyaallah , amiiin.





Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu