Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew.

Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas.

Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta!

Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana.

Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima.

Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lamaran itu ditolak secara baik memandangkan saya memang bukan ditakdirkan berkahwin di usia muda lantaran tanggungjawab terhadap keluarga selepas arwah ayah meninggal. LEGA!

Nampaknya jodoh saya dengan pilihan sendiri, berkenalan di tempat kerja dan dengan orang jauh. Menyimpang daripada apa yang keluarga inginkan pada satu masa dulu. Jodoh itu ditangan Allah.
Semoga jodoh saya berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat.

Kenangan ketika hari pertunangan

Ketika menunggu saat akad nikah.
Agaknya kenapa saya mengelak daripada berkahwin dengan pilihan keluarga?

1. Saya takut lelaki itu terpaksa menerima saya kerana menurut kehendak keluarga dia.

2.Saya takut tak dapat nak menyesuaikan dengan lelaki dan keluarga lelaki tersebut lantaran tak pernah kenal sebelum ni.

Itu je la kot selain malu nak tidur dengan lelaki yang tak pernah dikenali sebelum ni he he.

Kawan-kawan, ada yang kahwin dengan pilihan keluarga?

Comments

  1. aya x banyak berubah...cun :)
    cuma dulu kurus sikit.
    Akak pilihan sendiri...bersyukur sgt.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Kak Aya

    moga bahagia hingga ke Syurga

    ReplyDelete
  3. 1- Kak Aya....cantik sangat akak masa bertunang tu!!! so sweetttttttt....(^__^)

    2- Saya ni boleh dikatakan pilihan keluarga dan pilihan sendiri hehe. Sebabnya, saya dan suami berkenalan tak lama. Selepas dia menyatakan hasrat nak menjadikan saya isteri, saya terus bagitahu mak abah. Alhamdulillah mereka terima.

    ReplyDelete
  4. Pilihan sendiri kak.....saya takut kalau keluarga salah pilih untuk saya, hehe..so far alhamdulillah dengan pilihan sendiri ni..

    ReplyDelete
  5. comel je masa akak bertunang. hihiiii.
    kita pilih sendiri kak, masa tu pilihan keluarga pun yg kita dah kenal. sbb dah kenal maka tidak mahulah. hihiii.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu