Sarapan time!

Masih dikampung halaman lagi ni..


Time sarapan memang meriah kat sini, ** tiada gambar, sila bayangkan sendiri, nak tengok jugak sila hadiahkan kamera digital untuk saya, yang ada dah rosak, hp kyu jenis cap ayam, tak ada kamera!


Menunggu seorang akak a.k.a penjual kuih bermotor lalu depan rumah memang menyiksakan he he. Maunya tidak, pukul 8 baru nak lalu, kadang-kadang banyak kuih dah habis bila sampai depan rumah mak.


Akak ni dah berusia 50-an sebenarnya, dia menjaja pelbagai jenis makanan untuk sarapan pagi, bergantung-gantung kuih muih pada bakul motor. Bukan dia yang buat semua makanan ni, dia cuma tolong jualkan je..


Antara yang dijual : Nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, nasi minyak,laksam.
Donut, kuih bom, pau, kayu keramat, cekodok pisang, jagung rebus berkelapa dan macam-macam lagi la...ni semua yang mak beli tiap kali balik sebab masing-masing ada selera sendiri.  Senang kan? Sediakan duit je.. memang kami jarang gila nak masak sendiri untuk sarapan, kena lah penuhi keinginan tekak sendiri yang teringin macam-macam bila balik kampung.


Mesti ada teh o panas!


Oklah, jom menjamu selera !

2 comments :

atuk said... [Reply to Comments]

Assalamualaikum Kak Aya

saya dapat bayangkan...
letak banyak mana makan pun....
misti keliaer punya..
tambah2 kalau kanak2 ramai
orang tua yg sakit2 pun akan segar melihat anak cucunya

Wassalam

azieazah said... [Reply to Comments]

Menarik kan cara berjualan begitu. Wanita pulak tu. Dulu saya kat kampung, satu pakcik yang jual gitu, dengan motor siap bawa hon picit. Unik.

Kita tak pening nak masak itu ini, sedia duit bleh rasa macam2 jenis kuih, kan?

Post a Comment