Selepas 11 hari...

Puasa tahun ni saya diselubungi dengan rasa mengantuk hampir sepanjang masa di pejabat . Hinggakan hingga ke hari ke 11, iaitu semalam, keadaan adalah sama malahan lebih teruk kot. 

Pagi semalam sampai ofis paling awal berbanding 10 hari yang lepas. Lampu ofis pun belum on lagi. Saya on lampu dan terus tidur di meja setengah jam. Siap mimpi ntah apa-apa lagi.

Lunch hour pula , tidur lagi. Memandangkan semua officemate keluar makan kat luar, boleh pulak saya terbabas tidur sampai satu jam, rehat di bulan puasa ni setengah jam je kecuali untuk hari Jumaat, 1 jam setengah.

Ketika entry ni di taip saya sudah pun bersiap untuk ke ofis, dah dapat agak senario yang sama akan berlaku. 

Tahun lepas tak adalah seteruk ni penyakit tidur ni melanda. 

Semoga saya dapat melawan rasa mengantuk tu apatahah lagi akan datang '10 malam yang terakhir'

Selamat Berpuasa.

Comments

  1. Salam kak...Biasalah terlajak tido tu...rin pun 1/2jam rehat leh tido gak..hehehe...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa akak,
    aik setengah jam je lunch bulan ni, xpa2 janji ada dr xda kan..

    ReplyDelete
  3. eh, samalah kita kak aya :) tapi saya ni biasanya akan mengantuk waktu nak solat terawih. Angkat takbir aja, menguap panjang....sampailah tahiyyat akhir huhu.

    kalau kat opis pula, waktu kemuncak mengantuk adalah jam 1.00 petang ke atas. Masa ni kadang-kadang terlelap atas kerusi tu hehe

    ReplyDelete
  4. Salam kak aya,
    Maybe mengantuk sebab perut kita kenyang malam dan awal paginya..dugaan ramadhan..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu