Rancangan 999 TV3

Assalamualaikum

Tengah lunch ek? Kita kat sini dah sendawa Alhamdulillah.

Hari ni bawa bekal Makaroni Goreng, sarapan dan lunch menu yang sama, dasar pemalas nak masak 2,3 jenis ..nak makan perut sendiri je, apa je pun boleh.

Malam tadi lepas makan malam bersama Zahra, owh makan malam tadi menu ayam masak lemak cili api dan ada sikit sambal tempoyak..2 pinggan youuu.

Lepas makan malam tu, kami berdua tengok TV..walaupun hari ni budak tu periksa, malas nak belek buku , budak tadika je pun malas nak paksa paksa beria..hari ni dapat jawab Alhamdulillah, tak dapat jawab sendiri bersalah la.

Tengok Buletin Utama mula mula tu..bersambung pulak dengan menonton 999, memang tiap minggu Kak Aya suka tengok 999, Zahra tak faham apehal mama dia suka sangat tengok rancangan ni.

Tak boleh nak hadam betul rasanya bila tengok keadaan satu restoran di Pulau Pinang yang diserbu pihak berkuasa. Aduiii kotornya dalam kawasan dapur depa tu.

Rasanya patut tutup aja terus restoran yang kotor macam tu.

Patutnya sebagai pemberi khidmat penyediaan makanan, kebersihan tu perkara paling utama , macam tak logik la kalau tak ambik endah tentang kebersihan terutama kawasan tempat memasak. Depa tu pun pernah pergi kursus sebelum buka restoran kan, memang dah tau awal awal la tentang hal ni tapi kenapa la terjadi situasi seperti yang ditunjukkan di dalam TV tu.

Kembang tekak tengok papan pemotong tu hitam berdaki, penguatkuasa tu siap kikis kotoran pada papan tu.

Lepas tu periuk berisi sup tu betul-betul bawah saluran paip yang kotor dan kepala paip tu alahai sabar je la , kotor gila.

Stok ais ketul pulak di letak di dalam tandas.

Gelas gelas yang dah dibersihkan di susun telangkup atas Para yang sangat kotor.

Mari la kita boikot kedai yang tidak meletakkan kebersihan sebagai perkara utama, walaupun itu kedai orang Islam tetapi kebersihan itu melambangkan tahap keimanan kita. Bukan bermaksud kita boleh pergi makan kedai bukan Islam yang bersih tapi boikot kedai Islam yang bersih.

Mengikut Imam Muda Azhar yang saban bulan datang mengajar di surau ofis Kak Aya, pemilihan tempat untuk makan sangat perlu teliti, bukan sekadar kedai itu pemiliknya Islam tapi lebih banyak lagi kena tengok dari segi keberishan kedai, cara pembersihan bahan masakan, cara pemakaian pekerja dan cara masakan..Makanan tu semua pun tau kan, akan jadi darah daging kita.

Atas sebab tu la, lagi senang kalau kita memasak sendiri, cuma sesekali ada la kita nak makan kat luar, pastikan kedai yang kita akan pilih tu kedai yang memenuhi kriteria yang digariskan oleh Islam.

Bersih segalanya.

Insyaallah sama sama la kita saling menjaga kebersihan sebab Islam tu sendiri menekankan kebersihan.

Ok terima kasih le sudi baca sampai ayat last.



Peperiksaan Akhir Tahun 2019

Assalamualaikum

Dah pertengahan Oktober rupanya, mana janji nak updte blog lebih kerap tu? Hi hi ..kadang tu tak ada idea nak tulis..itu la yang selalu jadi penghalang.

Minggu ni ketiga-tiga anak Kak Aya menghadapi peperiksaan akhir tahun.

Jadi mak ni, periksa mana mana pun tetap berdebar tetap mengharapkan anak anak buat yang terbaik.

Macam Kak Aya ni mampu berdoa je la, nak tolong ajar memang tak pandai, Kak Aya sendiri pun belajar sekolah tak tinggi mana .

Semoga semua anak kita dapat menjawab dengan baik, diberikan ingatan yang tajam dan kefahaman yang jelas.

Lepas habis periksa, semua anak pakat happy nak cuti panjang, mak jugak tetap risau...bukan apa, hari hari sepanjang cuti panjang duk fikir nak masak apa untuk ditinggalkan kepada anak anak sepanjang keluar bekerja.

Nadhirah dah boleh masak simple-simple tapi setakat ni ada la beberapa kali je dia turun masuk dapur untuk masak...yang selalunya turun untuk ambik pinggan cedok nasi dan lauk je la hi hi.

Bagi Nadhirah, cuti panjang untuk qadha tidur dengan lebih kusyuk lagi.

Bagi Umar pulak, ini la saatnya untuk dia bersama dengan handphone.

Bagi Zahra pulak? Hmm dia ni belum ada hobi yang spesifik..sat main Barbie Doll, sat main lukis lukis. Jenis suka buat sepah jugak dia ni..lepas melukis malas nak kemas. Tapi kat rumah tu siapa nak melayan dia berkemas, mau tak mau kena jugak la dia kemas sendiri.

Begitu la secubit kisah waktu cuti, nanti kita kisahkan dengan lebih details lagi apa aktiviti depa time cuti nanti..



Jerebu - Sekolah Tutup

Alkisahnya, petang Rabu tu ada pengumuman dalam group whatsapp Kelas Umar, meminta ibubapa menjemput anak-anak dari asrama untuk dibawa balik rumah kerana sekolah cuti 2 hari kerana bacaan IPU dah melebihi 200.

Malamnya group whatsapp Kelas Nadhirah pulak memberitahu perkara yang sama.

Ok kami suami isteri bercadang nak jemput lepas Isyak. Tak payah nak kalut-kalut.

Kadang kadang ada rasa gelihati dengan telatah parents, sebelum pihak sekolah mengesahkan para pelajar boleh pulang ke rumah, ada beberapa ibu terlebih dahulu memohon pengesahan , boleh bawak balik tak anak petang ni? PPD Gombak dah keluarkan kenyataan cuti 2 hari.

Ada yang forwardkan salinan kenyataan media PPD Gombak tu, dapat daripada kawan yang kerja dalam tu. Ada yang forward benda yang sama tetapi sumber daripada keluarga terdekat. Bertalu talu soalan adakah boleh ambik anak sekarang?

Kak Aya senyum je baca.

Terfikir jugak, pihak sekolah dah tentu la dapat jugak kenyataan media tu, cuma untuk arahan pulang bermalam bagi pelajar asrama tentulah ada arahan selanjutnya yang pihak sekolah sedang nantikan .

Bersabar la sikit kan..bila guru kelas memohon ibu bersabar, sekejapnya sabarnya, lepas tu tanya semula, boleh balik tak? Ambil malam pun tak apa..

Ada la yang bagitau anak asma ..yang ni pun bagitau anak asma, berderet bagitau anak tak sihat.

Makin nak gelak rasanya.

Akhirnya ada pengesahan daripada pihak sekolah, boleh ambil anak untuk pulang bermalam sehingga Ahad 22/9/19.

Kalut sungguh, yelah mungkin setiap orang ada masalah dan sebab sendiri kenapa nak ambik anak secepat mungkin.

Tapi sabar tu perlu bila pihak sekolah memohon bersabar, maksudnya mereka tentunya akan umumkan segera bila mereka ada keputusannya. Aduiii la.

Nadhirah tak dapat pulang kerana terlibat dengan satu pertandingan di UTM Skudai pada Isnin depan, Ahad tu mereka bertolak dari sekolah. Tak dapat balik sebab kena persiapkan diri dengan lebih mantap lagi untuk pertandingan tu. Apa lagi perempuan tu, banjir airmata la malam tu. Dah mamanya kesian, pergila melawat petang semalam.

Teruk jugak keadaan jerebu di Kuala Selangor. Macam meredah asap rasanya.

Moga keadaan kembali pulih seperti biasa lepas  ni. Mama nak Umar cepat pulang ke asrama sebab periksa akhir tak lama dah.. bukan tak suka anak ada kat rumah, suka sangat tapi Umar ni 24 jam main games, mama risau kalau berterusan macam ni...mama risau pelajaran Umar merudum teruk kalau sepanjang masa Umar fikirkan tentang Mobile Legends yang ntah apa apa tu. Sangat Lagho!

Nanti cuti akhir tahun , siapla mama gubal undang undang baru untuk Umar..tak nak dengar sangat cakap mama kan?