DRAMA CRASH LANDING ON YOU

 Ni adalah K drama ke 2 yang Kak Aya tonton selepas Its OK To Not Be Ok, Kak Aya lebih sukakan Crash Landing On You.

Tahun ni banyak duduk rumah berbanding masuk ofis, sebahagian besar masa siang ngadap kerja ofis, sebahagian besar malam pulak selain tidur adalah menjadi bibik. Bila dah siap semua kerja bibik baru la boleh lunjur kaki depan TV join anak-anak menonton.

Tak ada nak review pun tentang drama ni.. cuma kerana sebelum ni Kak Aya tak pernah menonton K Drama, asal nak tengok K drama je mula la suami Kak Aya perli-peli.

Mama ni sejak akhir akhir ni asyik layan cerita Koreaaaa jee.. mama ni bercakap pun dah slang Koreaaaa jeee. Padahal 2 drama je tapi mungkin sebab berepisod episod kelihatan seperit mengadap drama Korea je bini dia. Alahaiii..

Macam mana la agaknya reaksi dia kalau bini dia ni macam sesetengah bini orang lain yang dah kemaruk K drama. 

Sudahnya takat ni 2 drama tu je la yang Kak Aya tonton.

Mehla kita pakat tonton drama Gerak Khas je hi hi.


Kak Aya suka gambar sekeluarga kat bawah ni dari drama Its OK  To Not Be OK.









TARIKH 24 NOV DAN CERITA TAK KURUS KURUS

 Biasanya kalau 24 Nov setiap tahun pasti akan ada 2 perkara yang automatik muncul dalam ingatan.

Tarikh lahir adik yang ke 4 dan Tarikh Pemergian arwah ayah. Doa yang baik-baik di dalam munajat untuk mereka berdua.

Hari ni juga seteleah sekian lama menambah lemak sepanjang PKP bersambung PKPB sekarang ni, Kak Aya try untuk bersenam hi hi...biasanya hangat hangat taik ayam je, siapa dah tau tu tau la peel Kak Aya.

Berat hari ni adalah 82.8 kg. Tinggi tak pernah berubah sejak berpuluh tahun lalu 144cm. Maksudnya berat Kak Aya 2x ganda daripada yang sepatutnya. Tapi yang tak sepatutnya la selalu berlaku hi hi.

Kak Aya buat apa tau pagi tadi? Keluar rumah pukul 6.50 menuju ke kawasan riadah BBS. Bukan kawasan riadah sebenarnya tapi laluan ke Sek Keb BBS tu berbukit dan landai dan berbukit dalam jarak yang agak jauh menyebabkan ramai yang memilih untuk berjoging. 

Kak Aya pun jalan la ikut arah sampai ke Sek Keb BBS dan pusing semula balik ke bawah . Ok lah untuk hari pertama. Berpeluh la jugak.

Hari ni jugak nak mula balik cara diet Intermittent Fasting (haha baik gelak awal-awal.sebab usaha yoyo ni pun dah biasa sangat kan muncul di sini).

Ok jom sanma berdoa semoga Kak Aya berubah sikit daripada kebiasaan.

Teima la gambar yg menunjukkan kebesaran lengan iteww.






JOE BANGLA - DENDAM PERANTAU & KISAH SEORANG BANDUAN

Alkisahnya kan, Kak Aya ni dah masuk sebulan lebih gila membaca kisah-kisah dalam penjara. Kalau pergi ke perpustakaan memang bersungguh mencari buku atau novel tentang pengalaman hidup di dalam penjara. Ada 2,3 buku rasanya yang dah Kak Aya pinjam tentang kisah ni.

Dah tak jumpa novel atau buku lagi dah, Kak Aya godek blog pulak. 

Terjumpala blog KISAH SEORANG BANDUAN..tiap malam bagi sepenuh tumpuan pada catatan penulis.Dari blog tu , Kak Aya mencari pulak blog beliau yang lebih awal, tentang kehidupan beliau di Amerika.

Ok ini ambik masa sikit la untuk dihabiskan..masih terlalu banyak untuk dibaca..Walaupun baru je baca beberapa kisah di Amerika, Kak Aya ada lompat lompatkan sikit pembacaan Kak Aya kepada blog terkini beliau.

Tapi sedihnya blog terkini tu hanya setakat 2019 saja.

Kalau lah Abang Tam@ Joe Bangla terbaca blog Kak Aya ni kan..kalau la..mana la tau..boleh la say hi sikit. Kak Aya rasa nak interview je tanya lagi banyak tentang perjalanan hidup beliau.

Best sangat baca tulisan santai beliau.

Ni malam ni nak teruskan pembacaan perjalanan hidup beliau di Amerika sebelum menjadi tahanan selama l59 hari di Detention Centre. Kisah beliau di Detention Centre dah berjaya dikhatamkan minggu lepas. Gigih baca catatan harian beliau dari hari pertama ditahan sehingga dihantar pulang ke Malaysia.

Banyak sangat dapat pengetahuan baru. Harap Abang Tam @ Joe Bangla terus kekal menulis dan unprivate blog dia. Kak Aya yakin dia kekal menulis tetapi privatekan cerita terkini beliau.

Siapa nak tau kisah beliau, boleh la terus google je nama -nama blog yang Kak Aya tulis tu.

Moga Abang Tam dapat novelkan cerita hidup Abang Tam ni.