Skip to main content

Posts

Happy Birthday Umar! 15 tahun kini

 Alhamdulillah hari ni birthday Umar yang ke 15. Semalam dalam pukul 4 baru perasan ada 5 missed call dari no yang kita tau itu no public phone asrama Umar. HP saya tu memang dah nazak, selalunya jadi auto silent, tak dengar le jawabnya, Dah jenuh cuba call mama baru dia call abahnya..rupanya petang semalam dia dah ready untuk dijemput pulang ke rumah sebab last belajar bersemuka, untuk seminggu terakhir minggu depan giliran dia belajar PDPR. Allahu mamanya terlepas info ni , itu la banyak sangat benda dalam kepala, terjadi la salah faham duk ingatkan Umar balik minggu depan. Apa pun Alhamdulillah, sekolah Umar tak la jauh mana dari rumah, sempat la terbang jemput dia hehe tak ada la, abah dia drive macam biasa je tak ada la pecut pun, dia pun masih kat surau untuk solat Asar ketika kami sampai. Lepas tu dalam kereta dia cakap, ingatkan kali ni dapat la celebrate birthday dengan kawan-kawan di asrama rupanya minggu depan dah PDPR, jadi kena balik, dia pun duk ingat dia berada di asrama
Recent posts

Musim Orang Bercuti

 Dah masuk akhir tahun, semua pun dah boleh rentas negeri, rentas negara, kalau tengok di media social ramai yang update pergi bercuti sana sini. Mochik tumpang gembira tengok orang bercuti je la, tumpang cuci mata sama. Buat masa ni kelaurga kecil kami tak keman-mana hatta balik ke Terengganu pun belum ada plan kerana pochiknya tak berapa sihat. Last balik Terengganu pada akhir Nov 2020, dah setahun la maknya mochik tak balik jumpa kampung. Insyaallah sampai masa kita balik juga nanti. Last bercuti selain balik kampung pulak rasanya macam yang pergi Pulau Redang tu, hi hi tahun 2018 lepas tu tak ke mana la kita . Bak kata Nadhirah, hidup kita ni biasa-biasa sangat kan, ma? Hmm faham perasaan dia di sebalik pertanyaan tu, lagi pun dengan usia dia sekarang ni memang la ada keinginan untuk bercuti macam kawan-kawan dia yang lain. Tapi dengan usia dia sekarang jugak dia tau macam mana nak handle rasa tu. Mochik yakin dia sangat faham kehidupan setiap orang tu berbeza dan yang paling palin

Tetiba tukar nama blog dan template

Sekadar untuk sedapkan pandangan mata sendiri, tukar kepada template baru tapi template biasa tu mesti akan kembali semula nanti. Sesekali guna benda baru untuk lebih bermotivasi, hendaknya la kan. Mochik Gebu katanya hihi..nasib la blog ni tak ada siapa pun yang heran nak letak gebu ke gebas ke. Yelah usia pun dah berapa kan, kena panggil Mochik la pulak. Walaupun usia tu sekadar angka bagi sesetengah orang. Tapi sebenarnya pertambahan usia tu salah satu tanda kependekkan umur, berbelit eh? Harap faham sendiri la. Jadinya hari ni 2 post 1 hari. Ada kemajuan nampaknya mochik. Mochik Gebu bersama Pochiknya. 

KL City Juara Piala Malaysia: Wilayah Cuti Jumaat 3 Dec 2021

 Hari ni cuti sebab KL City menang Piala Malaysia, orang lain tungkus lumus main bola, kita dapat cuti, syukur salah satu rezeki dari Allah. Walaupun kena kerja tapi kerjanya dari rumah, tak ada la paksaan dari bos pun untuk kerja hari ni tapi Kak Aya ambil masa untuk kerja selama beberapa jam hari ni untuk siapkan Monthly Closing. Sementara Zahra ke sekolah agama, Kak Aya siapkan kerja ofis jap lagi, ni belum start kerja pun lagi hi hi sebab tengah taip post ni le. 1 hari 1 post kan. Oleh kerana yang dapat cuti orang yang kerja dalam Wilayah je, Zahra sekolah macam biasa, abahnya pun sama la masuk ofis macam biasa walaupun dia tak berapa sihat hari ni. Nadhirah masih lagi honeymoon selagi tak sampai masa untuk pergi , tak banyak hari dah..minggu depan Khamis, baru la dia tau kesedihan berakhirnya waktu honeymoon dia tapi dia dah biasa berpisah kerana 5 tahun tinggal di asrama sebelum ni. Sejak semalam Zahra sugul nak ke sekolah, sebabnya kawan baik dia demam jadi dia tak ada kawan, ka

20 Formula Hidup Luar Biasa

  Alhamdulillah, ke perpustakaan minggu lepas terjumpa buku ni, terus pinjam. Dan dah mulakan pembacaan , baru beberapa mukasurat, sebab minggu ni sibuk dengan kerja hakiki, biasalah bermula je hari baru setiap bulan, kesibukannya mengalahkan Perdana Menteri. Baru baca beberapa helai tapi dah dapat rasa aura positif isi buku ni, sebenarnya semua tu kita dah tau secara asas, belajar di sekolah, belajar di surau ofis tapi di dalam buku ni digabungkan kesemuanya dan ada sesetengah babnya dikupas lebih mendalam. Kak Aya belek-belek sepintas lalu ke semua 20 Formula tu, nampaknya semua kita dah biasa dengar formula tu tapi dari segi amalannya memang ke laut. Salah satu azam Kak Aya bila dah masuk umur baru nak menuju senja dah ni, nak baca banyak buku buku yang lebih bermanfaat, lebih bermotivasi dan boleh bagi sokongan untuk berubah kepada lebih positif. Bukan main noo. Yelah kalau dulu memang banyak baca novel walaupun Kak Aya hanya baca novel-novel dari penulis tertentu je tapi sekarang