MINGGU KE 3 INTERMITTENT FASTING

 Alhamdulillah timbang pagi tadi ,77.9 kg. Lagi seminggu untuk cukup sebulan. Harapnya dapat turunkan lagi sekilo. Insyaallah.





MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan?

Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam. 

Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.




HAPPY BIRTHDAY!

 Alhamdulillah hari ni dah pun 47 tahun 6 hari ! 

Tak sempat nak update pada tarikh sebenar kerana bergelumang dengan kerja hakiki. Biasalah closing bulanan.

Moga terus diberikan kesihatan yang baik, tubuh badan minda fizikal mental. Kekayaan jiwa dan harta. Kelapangan segala urusan dan rezeki. Kebahagiaan dunia akhirat.

Ya Allah moga bertambahnya usia ku seiring dengan bertambah la kematangan dan kelembutan hati di dalam melakukan ketaatan padaMU dan menggandakan lagi kebaikan dan amalan.Amiiin.

Lagi satu, moga usaha Kak Aya untuk kali 99 juta kali ni membuahkan hasil. Amiiin Amiiin Amiiin.


p/s : gambar tahun 2017.