Rentas Negeri ke Tampin

 Alhamdulillah akhirnya dapat juga balik kampung, ke kampung mertua dulu. Kampung sendiri kena tunggu dulu.

Walaupun balik kali ni macam agak kelam kabut tapi Alhamdulillah semuanya pun lancar aja.

Suasana macam biasa aja walaupun dah lama tak balik cuma tengok mak pun macam dah tak berapa sihat macam selalu walaupun dia buat buat macam biasa je.

Dan balik kali ni kejap je rasanya sebab suami tak begitu sihat sekarang ni.

Insyaallah ada rezeki balik lagi nanti.



Gambar lama ni, semalam tak snap gambar pun.




Mata Ketumbit

 Hari ni hari kedua mata  berketumbit, senak betul rasanya dalam mata. Ni bukan kali pertama pun Kak Aya kena macam ni, banyak kali jugak sepanjang hidup ni.

Semalam pergi klinik, dapat ubat dan mc satu hari, nak mintak 2 hari tak berani la pulak walaupun hari ni mata rasa pedih berpasir je. 

Doktor dah bagi ubat kurangkan bengkak, ubat sapu dan antibiotic, Insyaallah dengan izin Allah sehari dua lagi sembuh la .


Gambar lama , ketika gigih menjual losyen Fellina, nak tunjuk yang masa ni mata baru nak elok dari ketumbit, perasan tak ?




Dah masuk U

 Alhamdulillah Nadhirah dah pun mula jadi pelajar Uni, kejap je kan masa berlalu, masa mula mula berblog dulu dia baru je darjah 4 kot kalau tak silap, time tu dia pun buat blog untuk dia juga, tapi sekarang dah lupa la apa nama blog dia, jangankan Kak Aya, dia sendiri pun dah lupa.

Sekarang dia masih belajar online , tapi untuk Sem 2 nanti dia akan ke UIA Gambang untuk meneruskan baki Asasi selama setahun.

Anak Kak Aya sorang ni memang kuat berusaha, kalau dia nak sesuatu memang dia usaha sungguh-sungguh, Alhamdulillah Allah takkan menghampakan setiap usaha hambaNYA, selalu ayat ni Kak Aya guna pakai untuk anak-anak, sebab kalau tak usaha sungguh-sungguh mana nak nampak hasilnya ( macam mak dia ni ha, nak kurus tapi usaha gitu-gitu je, hasil pun gitu-gitu la).

Moga dia terus jadi seorang yang berusaha keras dan tak cepat putus asa, perjalanan hidup memang penuh berliku. Ilmu kena banyak dalam dada dan hubungan dengan Allah perlu sentiasa padu.

Seorang ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak , doa yang tak pernah putus .

Semoga kejayaan kakak menjadi inspirasi kepada Umar dan Zahra.