Skip to main content

Emosi pesakit buah pinggang

Assalamualaikum

Semua dah kenyang , Alhamdulillah anak-anak dah melayan mata....suami layan TV..ni la waktunya untuk mamanya melayan  blog.

Nasi 3 pot dah habis seperti hari-hari cuti selalunya....malam ni masak nasi lagi..baru best makan panas-panas.

Kejap lagi cadang nak goreng cekodok bilis..minum bersama Teh O panas...

Dah sediakan semua , tunggu nak goreng je...goreng extra untuk dibawak ke rumah Ucu...rutin hari cuti..tak sampai hati nak biarkan Ucu keseorangan time-time cuti ni.

Pukul 11 jemput Ucu dari tempat dialysis. ..tadi masa dia keluar dari tempat dialysis nampak longlai , pucat je..

Masuk je kereta, dia bagitau tadi selepas 2.30 minit buat dialysis, dia diserang sesak nafas lagi.

Memang saya selalu rasa sedih tapi kita jangan sekali tunjukkan kesedihan kita kepada dia..sebab kalau kita lemah, dia akan jadi makin lemah.

Kak Aya ada cerita kan hari tu ada ke HUKM untuk follow up tapak fistular yang dibuat pada bulan 9 baru ni..doktor check tempat jahit tu, dia cakap belum matang lagi dan datang semula lagi sebulan iaitu pada tarikh 25/11/2015.

Kak aya tak dapat masuk sekali jumpa doktor hari tu sebab boleh masuk sorang je..bila Ucu keluar dari bilik doktor lemah benar tengok dia melangkah...

Muka Ucu macam orang hilang harapan.

Masuk dalam kereta baru la dia bercerita.

1. Doktor tu check tempat jahit tu agak sedikit kasar, sakit sangat pada tempat jahit tu.

2. Doktor cakap, urat terlalu halus, tapak fistular tu tak boleh digunakan pada tempat asal, kena "belah" bahagian bawah lengan, makcik akan menjalani pembedahan "besar" bukan seperti sebelum ni..makcik akan "ditidurkan" sepenuhnya atau pun mungkin separuh tidur sahaja.

3. Nanti pada 25/11/2015 kita tengok sekali lagi , kalau dah matang, kita akan bagi tarikh utk belah bahagian bawah lengan.

Kita selalu berharap doktor akan bercakap dengan bahasa atau ayat yang membuatkan kita rasa agak lega walaupun kita tau tahap kritikal sakit kita itu.

Macam Ucu, dah ramai doktor yang dia telah jumpa sejak 6 bulan disahkan sakit ni...katanya kadang-kadang bangsa lain lebih berhemah lemah lembut bila bercakap berbanding orang kita.

Ucu memang rasa takut bila dengar perkataan BELAH, DITIDURKAN SEPENUHNYA, PEMBEDAHAN BESAR...benda ni sebenarnya sudah Ucu jangka tapi cara penyampaian yang agak kurang lembut pada jiwa pesakit membuatkan emosi pesakit agak tertekan.

Malam selepas follow up tu, Ucu mengalami kesakitan yang amat sangat pada tempat jahit yang terkeluar sedkit daripada benang, akibat check up yang agak terkasar siangnya, Ucu cakap sakit tu sampai dia berguling, berdenyut yang membuatkan satu badan sakit.. dia telan ubat penahan sakit pun tak hilang rasa sakit, Ucu hanya mampu basahkan lidah dengan kalimah Allah untuk redakan kesakitan. Esoknya Ucu ambil ubat lain kat tempat dialysis.

Sekarang ni Ucu menghitung hari menunggu 25/11/2015, dia asyik terfikir macam mana la operation tu nanti...

Pesakit mana-mana pun memang kita tau akan mengalami tekanan emosi...cuma beza bagaimana pesakit tu sendiri kawal tekanan tu..macam Ucu, Alhamdulillah dia memang kuat semangat dan ujian ni memang mendekatkan diri dia kepada Allah dan memang nampak dia lagi cool berbanding dulu yang sememangnya dia jenis cool..

Hmm macam mana dengan keadaan kita hari hari esok..hari ni kita tengok orang lain menderita kesakitan...kepada Allah jua yang mampu kita tadahkan doa agar dipermudahkan perjalanan hidup kita dan minta diringankan ujian ke atas kita walaupun kita yakin janji Allah, setiap ujian diberikan mengikut kemampuan hambaNYA, kita tetap tak putus berdoa agar sentiasa dimudahkan laluan di dalam menempuh ujian sebuah kehidupan menuju akhirat ini.

Ok..nak goreng cekodok dulu le..malam ni nak COD barang ke Taman Melati.

Comments

Popular posts from this blog

MINGGU KE 2 INTERMITTENT FASTING

 Hari ni genap 14 hari Kak Aya buat IF 16:8, makan macam biasa je . Berat pada hari pertama ada lah 82.8 dan hari ni berat 79.9. Alhamdulillah ada perubahan positif. Masalah dengan Kak Aya ni adalah nak konsistent tu, masalah ramai orang lain jugak rasanya, kan? Cuma kali ni kelainan usaha yang Kak Aya lakukan adalah pagi dan petang Kak Aya berjalan kaki, jumlah untuk pagi dan petang tu adalah sejauh 8km setiap hari dengan jumlah langkah sebanyak 10,000 , jumlah kalori yang dibakar adalah 270 kalori dan masa yang diambil adalah sebanyak 2 jam.  Moga makin kuat semangat untuk teruskan usaha.

Pilihan Keluarga Vs Pilihan Sendiri

Pagi tadi, seperti biasa perjalanan ke pejabat ditemani HotFM AM Krew. Riuh rendah mereka melayan panggilan dan sms pendengar yang berkongsi pendapat mengenai tajuk di atas. Ada yang sekadar memberi pandangan, tak kurang yang berkongsi pengalaman mereka berkahwin dengan pilihan keluarga yang akhirnya rumahtangga yang dibina roboh dipertengahan jalan. Tapi ada juga yang seperti di dalam cerita Nora Elena dan Vanilla Coklat  - mula-mula benci tapi lepas tu jatuh cinta! Terkenang kembali ketika saya di kampung sebelum berhijrah mencari rezeki di Kuala Lumpur ini. Dulu sebaik je tamat sekolah memang bersedia la untuk berkahwin , kalau tak dapat sambung belajar, tak dapat kerja kat mana-mana. Saya cukup takut kalau disuruh kahwin dengan pilihan keluarga, biasa la gadis pingitan, mana ada teman lelaki, kalau ibubapa cakap lelaki itu terbaik untuk kita, memang tak ada pilihan lain la jawabnya, terpaksalah terima. Memang ada yang datang melamar melalui mak namun semua lama