SUSU IBU ADALAH TERBAIK

Assalamualaikum,

Kak Aya tak pernah share tentang penyusuan anak-anak Kak Aya..dah ada 3 anak baru hari ni nak share...teruk nauu ye..

Masa mengandungkan Nadhirah , memang dah set awal-awal nak susukan bakal baby tu sehingga usianya 2 tahun. ..biasalah anak pertama , sentiasa inginkan yang terbaik segalanya..Alhamdulillah berjaya menyusukan Nadhirah hingga usianya melebihi 2 tahun..stop menyusu bila mula mengandungkan Umar..memang sedih time nak ceraikan susu tu tapi kenangkan diri dah mula mengandung dan usia Nadhirah pun dah selayaknya untuk dia diceraikan daripada menyusu badan.

Ketika usia Nadhirah 6 bulan, Kak Aya mula ajar dia minum susu formula ketika ditinggalkan di rumah pengasuh.  Bila usianya 1 tahun, dia mula enggan minum susu formula, jenuh la kita ni pujuk dia....tukar susu jenama lain pun dia tak nak minum jugak.. Ketika itu kak aya tak begitu pandai nak pam..susu tak begitu keluar, jadi Nadhirah hanya menyusu bila kak aya dah balik kerja.

Memang kena banyak bersabar bila kita menyusu badan..satu sebabnya adalah masa yang kita untukkan kepada anak menyusu sepuasnya agak lama...kalau dia minum susu ketika siangnya, masa untuk menyusu selepas balik dari kerja tak la lama..situasi Nadhirah ni dia tak nak susu formula, jadi waktu malam memang berjam jam dia menyusu.

Badan kita jadi sangat letih, tipula kalau tak rasa stress.... tapi kepuasan melihat dia puas menyusu tu tak tergambar dengan kata-kata.

Nadhirah jarang sakit hingga sekarang ni , usia 12 tahun..Alhamdulillah.

Ketika menyusu badan, memang kak aya menjaga pemakanan , sentiasa fikirkan untuk bagi susu pekat dan banyak. Kak Aya sentiasa minum susu dan banyak makan sayur terutamanya taugeh, kobis dan bayam.

Sepanjang usia Nadhirah 12 tahun ni, hanya sekali je dia masuk wad kerana demam panas. Demam-demam biasa tu adat la kan untuk anak-anak yang sedang membesar.

Itu kisah Nadhirah, lain pula dengan kisah Umar...ketika mula mengandungkan Umar, kak aya ni cakap pada diri sendiri, nak bagi susu formula la untuk anak ke 2 ni sebab rasa terlalu banyak masa dihabiskan untuk menyusu setiap hari.( berdasarkan pengalaman menyusukan Nadhirah dulu)

Niat yang sungguh tidak murni...sebenarnya sokongan orang terdekat amat perlu dan penting bila kita memilih untuk menyusukan anak kita secara sepenuh masa..macam situasi kak aya ni, suami sentiasa sibuk di pejabat, balik dah pukul 8,9 malam, sedangkan waktu antara Maghrib dan Isyak tu adalah sangat sibuk bagi setiap ibu..nak sediakan makan malam, nak bersiap untuk bersolat Maghrib,kalau tanpa bantuan dari orang terdekat, kita akan cepat terasa stress nak handle semua tu sendirian...kerana sebab tu la kak aya berniat nak susukan Anak kedua dengan susu formula.. Niat yang kak aya kesalkan sampai bila-bila.

Bila Umar lahir memang dia tak nak menyusu badan..jenuh kita pujuk dia..sempatlah dia menyusu sepenuhnya dalam masa seminggu je..lepas tu dah mula campur..belum pun usianya 3 bulan susu badan betul-betul kering. Mulai hari tu, memang bagi susu formula je...kesal jangan ditanya, sangat-sangat kesal. Ilmu tentang penyusuan pun tak banyak ketika itu.

Umar memang kerap selsema, batuk dan keluar masuk wad kerana bronchitis, hingga sekarang pun masih belum pulih daripada bronchitis. 

7 tahun usia Umar, baru la hadir Zahra..yang ni memang berniat awal-awal nak susukan Zahra sepenuhnya.



Zahra punya cerita lebih kurang sama dengan cerita Nadhirah. Bezanya, masa mengandung lagi dah beli Pam (kirim pada seorang blogger yang sedang belajar di UK ketika itu), belikan siap-siap ice pack, cooler bag .

Ketika berpantangkan Zahra, Kak Aya dah mula mengepam susu untuk dibuat stok. Kak Aya ambik supplement Shaklee untuk Set Penyusuan. Kiranya untuk anak ke 3, persediaan dan usaha sangat tip top la. Hasilnya sampai sekarang Zahra masih menyusu badan.

Setakat ni, Alhamdulillah Zahra sihat membesar seperti kanak-kanak yang lain ..kalau dulu memang debab badannya , kini agak susut kerana dah mula melasak.



Itu je la sedikit perkongsian tentang penyusuan anak-anak kak aya ni.

Ringkasnya susu ibu baik untuk perkembangan anak kita, menguatkan sstem pertahanan badan si anak..untuk ibu pulak membantu membakar lebih banyak kalori dan mengurangkan risiko barah payudara.

Perkara yang sangat penting adalah ilmu tentang penyusuan perlu ada.

Cerita sahabat maya kak aya ni pulak macam mana?






Comments

  1. Alhamdulillah anak2 ai merasa menyusu badan walau tidaklah lama mana..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu