Tiada yang sia-sia

Assalamualaikum

Jap jap...nak kira berapa hari dah tak update blog ni...hmmm alahai baru sepekan je..belum berpurnama purnama lagi.

Puasa dah berlalu 9 hari dah...cepat je kan? Semoga amal ibadat kita semua turut meningkat sama macam meningkatnya bilangan hari yang berlalu.

Minggu ni busynya dengan kerja-kerja ofis pada tahap gaban atau pun lebih daripada daripada tu..jangan tanya apa itu gaban, Kak Aya tak tau..

Menyorot semula kejadian pada hari Jumaat, 29/5/2015..pagi indah tu tenang je sebenarnya...rutin pun macam biasa je, keluar daripada rumah dengan Bismillah dan langkah kanan. Start kereta terus hantar Zahra ke rumah Ucu.

Terus la perjalanan ke tempat Nadhirah transit. Time tu radio yang berfrekuensi 91.50 sedang mengalunkan surah Al Kahfi, mengalirkan rasa tenang dalam jiwa. Siap sangkut pakaian sekolah agama Nadhirah dan letak beg tukar pakaian serta beg sekolah agama.

Sambung lagi pemanduan dengan ditemani Surah Al Kahfi di corong radio IKIM.fm menuju ke tadika tempat Umar transit...mereka berdua ni transit di tempat yang berlainan..mereka selesa begitu, tempatnya dekat-dekat je. .sepelaung je.

Sampailah di kawasan tadika...banyak kereta diparkir depan pagar tadika menyebabkan Kak Aya parkir kereta di depan rumah jiran kepada tadika. Depan pagar rumah tersebut ada banyak batu-batu kerikil...kecik-kecik je.

Kak Aya keluar dari kereta, menuju ke belakang dan nak pusing ke sebelah pintu sana untuk ambik pakaian.kalau buka pintu bahagian belakang tempat pemandu,situasi tu agak bahaya kerana betul-betul di tepi jalan besar sebab tu la nak buka pintu sebelah sana.

Masa kak aya ke belakang nak pusing ke bahagian sebelah sana tu la, kaki ni terpijak batu kecil, terus kaki kiri terpeleot dan kak aya jatuh ke sebelah kanan , kak aya jatuh dan badan timpa bahagian siku dan terasa seperti bahagian lengan terkulai..lama terbaring macam tu..kereta lalu lalang dengan laju..

Sakit usah ditanya. Mau menangis tapi  tak ada keluar airmata. Segalanya tertahan

Bila dah terasa seperti sedikit tenang, Kak Aya bangkit perlahan-lahan,buka pintu kereta dan duduk bertenggek di muka pintu kereta dan cuba cari kekuatan dan ketenangan.

Fikiran sedang berfikir nak call Ucu atau suami terlebih dahulu? Kalau call Ucu mesti dia terus datang dengan keadaan kurang sihat dan membawa Zahra sekali...pastinya dia akan terperanjat..Cancel untuk call Ucu.

Call suami. Tak berjawab. Satu peel suami adalah susah nak angkat call ketika memandu. Biasanya bila dah tiba di pejabat baru la dia akan return call. Hmm masing-masing punya peel, berbeza dengan Kak Aya, setiap call yang berbunyi adalah penting walaupun ntah sesiapa yang call, Kak Aya tak boleh biarkan telefon berdering kecuali memang di dalam situasi yang tidak membenarkan menjawab.

Ok la, dah rasa lega sikit, bangun dari kereta, perlahan-lahan menapak masuk ke laman tadika. Bagitau kepada salah seorang guru yang Kak Aya baru je lepas terjatuh kat depan sana tu ha.. Cikgu tengok muka Kak Aya sangat pucat, 2 cawan air suam Kak Aya teguk.

Dipendekkan cerita, cikgu tadika menghantar Kak Aya ke hospital. Lepas tu kat sana jumpa suami. 
Xray menunjukkan hujung siku ada patah sikit.  

Petang tu dah balik rumah, baru la call Ucu dan adik beradik. Biasanya ada je kesusahan menimpa, laju je bagitau pada keluarga tapi kali ni betul-betul diamkan je dulu.

Satu perkara yang Kak Aya dapat sematkan di dalam fikiran selepas kejadian terjatuh tu adalah setiap ciptaan Allah itu tiada yang sia-sia, semuanya ada manfaatnya.

Batu yang dipijak tu kecil sangat berbanding kaki yang memijak.

Tapi dengan kuasa Allah , saiz sekecil itu mampu menjadikan Kak Aya hilang kekuatan untuk melakukan kerja-kerja rutin.

Sangat terkesan di dalam hati. Apa jua ciptaan Allah, mesti ada fungsinya.

Tak ada sebab untuk diperkecilkan atau dipinggirkan kewujudannya.

Sebaiknya kita perlu cari manfaat disebalik penciptaanya.

Ya...memang banyak benda yang memberikan kesinambungan rasa di sebalik kejadian itu.

Kesimpulannya, kita tidak tau bila malang akan berlaku.

Sentiasa berhati-hati dan selalu berdoa minta perlindungan dari Allah.

Sekian. Dari Kak Aya dengan mata separa terbuka separa terpejam.

Comments

Popular posts from this blog

Penangan Cili Padi

Rindu Pantai Telipot, Kuala Terengganu