Hari yang menjadi

Hari ni segalanya teratur walaupun agak letih kerana letih yang dicari sendiri..apa lagi kalau bukan mengalih susun atur perabut di dalam bilik sauna ( bilik pakaian) dan jugak di ruang tamu serta dapur.


Seperti pernah saya ungkapkan sebelum ni dalam post terdahulu, kerja-kerja mengubah susunatur perabut dan mengemas rumah adalah terapi kepada saya. 


Malam tadi saya menelek gambar-gambar lama saya, memang nampak begitu hebat sekali transformasi fizikal saya...ini nanti saya buat entry lain la....


Jadi kerisauan melanda dihati dan kekesalan terbit dijiwa membuatkan saya sukar lena.. jadi seawal pagi tadi saya memulakan kerja-kerja pengalihan.


Seperti biasa, rumah akan kemas dan teratur untuk sehari dua je, lusa dijamin kembali bersepah tapi apa pun hari ni memang clean and clear.


Lepas penat mengalih sana sini, saya masak...walaupun simple tapi begitu berselera makan ( oiitt malam tadi risau pasal transfromasi fizikal tp hari ni lalu je makan )..makan satu family tapi semua diam je menghayati kesedapan masakan sang mama .


Anak-anak dah pun tidur kerana siang tadi asyik main kejar sana sini, lepas je maghrib terus terlelap.



Hmmm esok kerja, macam malas je nak ke ofis tapi dah sematkan azam konon-konon nak jimat cuti sehabis boleh untuk 6 bln pertama 2011. Nasib baik esok je kerja, lusa dan tulat kembali bercuti.


Comments

  1. waahaahaa..terapi yg bagus tu k.aya..

    ReplyDelete
  2. Tenang je ati bila tenung anak2 yang sedang nyenyak tidur...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu