Posts

Showing posts from June, 2015

Penulis Jemputan - Kisah seorang madu

Assalamualaikum Lepas raya nanti, Insyaallah mungkin sebulan sekali ada penulis jemputan yang akan menjadikan blog ini lebih bernyawa. Sahabat Kak Aya ingin berkongsi rasa ..pahit manis selepas mendapat sesuatu yang "manis". "Manis"kah perjalanan hidup beliau? Kita tunggu terjemahan rasa hati beliau di dalam blog ini.

Manis di sebalik kepahitan

Assalamualaikum Semoga enjoy dengan cerita ni ye. Sebenarnya ini adalah berkisarkan kisah benar seorang sahabat dunia akhirat Kak Aya yang kini menetap di Terengganu. Tapi Kak Aya ubah mana yang perlu, konon-konon jadi la cerpen kreatif sendiri.  Sebarang komen atau nasihat atau pun nak kongsi rasa yang sama, amat dialu-alukan. ********************************************************************************* "Assalamualaikum”…satu suara kedengaran di corong sebelah sana sebelum sempat aku bersuara. “Waalaikummussalam, siapa di sana tu?” Tanyaku kerana kedengaran seperti suara asing saja di telinga ku ini. “ Saya Lisa,.ni Kak Mar , ke?” Dia memperkenalkan diri dan nampaknya dia mengenali nama ku. Aku mula cuak. “ Iya betul, ni Kak Mar, Lisa ni call dari mana, nak cakap dengan siapa?” ..aku terasa seperti berdebar pulak bila dia tau siapa nama aku sedangkan aku tidak pernah mengenali siapa dia. “ Oh ini isteri Abang Faizal”, terangnya jujur. Aku seperti terkejang kerana suam

Tiada yang sia-sia

Assalamualaikum Jap jap...nak kira berapa hari dah tak update blog ni...hmmm alahai baru sepekan je..belum berpurnama purnama lagi. Puasa dah berlalu 9 hari dah...cepat je kan? Semoga amal ibadat kita semua turut meningkat sama macam meningkatnya bilangan hari yang berlalu. Minggu ni busynya dengan kerja-kerja ofis pada tahap gaban atau pun lebih daripada daripada tu..jangan tanya apa itu gaban, Kak Aya tak tau.. Menyorot semula kejadian pada hari Jumaat, 29/5/2015..pagi indah tu tenang je sebenarnya...rutin pun macam biasa je, keluar daripada rumah dengan Bismillah dan langkah kanan. Start kereta terus hantar Zahra ke rumah Ucu. Terus la perjalanan ke tempat Nadhirah transit. Time tu radio yang berfrekuensi 91.50 sedang mengalunkan surah Al Kahfi, mengalirkan rasa tenang dalam jiwa. Siap sangkut pakaian sekolah agama Nadhirah dan letak beg tukar pakaian serta beg sekolah agama. Sambung lagi pemanduan dengan ditemani Surah Al Kahfi di corong radio IKIM.fm menuju ke tadika t

Salam Ramadhan

Assalamualaikum Alhamdulillah ..hari ni masuk hari ke dua kita menjalani ibadah puasa..(walaupun baru nak bangun sahur untuk hari ke dua). Semalam hari terakhir kak aya mc, hari ni dah mula kerja..siku masih belum elok..minggu depan ada follow up dengan Pakar.Harapnya dapat sambung mc lagi..kalau tidak susah juga sebab tangan kanan ni tak cukup kuat nak paut stering kereta. Kelmarin beria mengemas rumah , last-last yang betul-betul siap dikemas hanya di tingkat bawah ni je..tak apalah, kami naik atas pun untuk tidur je, apa aktiviti semua kat bawah ni. Alhamdulillah petang semalam kami berbuka dengan mee goreng je. Ni lepas update blog, Kak Aya nak masak nasi dan masak sambal ikan kembung,goreng telur dadar. Ok itu je rezeki pagi ni. Nadhirah belum start puasa..masih bendera merah. Umar je la yang puasa..tahun ni Alhamdulillah, nampaknya Umar jauh berbeza dengan tahun lepas.  Tahun lepas, Umar siap cakap benci la dengan Ramadhan , sebab laparrrrrrr je sepanjang masa.