KEMBALI DENGAN INTERMITTENT FASTING

Assalamualaikum,

Setelah hampir 2 minggu sesat dalam dugaan makanan , Kak Aya kembali memulakan IF.

Berat pagi tadi 77.4 kg.

Kak Aya yakin kalau nak lebih cepat penurunan berlaku, kena padankan IF dengan Eat Clean.

Buat masa ni Kak Aya memang belum bercadang nak padankan IF & Eat Clean, sebab Disember ni memang agak menduga sikit, maklumlah anak anak tengah bercuti kat rumah.

Apa yang Kak Aya buat adalah stop makan pada pukul 8 mlm, pukul 12 tengah hari esoknya baru makan semula.

Makanan pun tak ada bersukat bagai. Makan je macam biasa.

Itu adalah untuk Disember ni la, Januari nanti kita cuba la ubat.

Susah nak cari dalam internet pengalaman mereka yang menggunakan IF ni. Ada la dalam Youtube tapi Kak Aya suka baca dalam blog blog.

Kak Aya nak cuba blogkan setiap usaha IF kak Aya ni. Insyaallah kalau dah menjadi, boleh jadi panduan kepada orang lain jugak.

Comments

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu