Posts

Showing posts from November, 2017

Cuti Cuti Pulau Redang 2D1N - Day 2

Image
Assalamualaikum, Bersambung lagi kisah percutian singkat kami ke Pulau Redang , September lepas. Hari ke 2 ni, aktiviti bermula sebaik saja selepas sarapan. Pagi tu sarapan yang disediakan adalah nasi lemak sambal sotong dan roti bakar. Aktiviti mandi manda di Pantai Teluk Dalam. Sama seperti semalam jugak, hanya kami 5 beranak dihantar menggunakan van ke Pantai tu. Ketika kami sampai , tak ada siapa pun yang ada..fuhhhh terus menyelam mandi mandi dengan riang ria. Macam tak percaya pun ada bila melihat sendiri keindahan pasir keindahan pemandangan ...memang menakjubkan ..cantik sangat sangat ciptaan Allah..tak perlu pergi jauh sampai ke luar negara, masih lagi tak jauh dari kampung sendiri, dah dapat keindahan yang tak terperi. Memang nak perg lagi lepas ni, ntah bilalah tu..kena berangan dulu lepas tu anganan tu akan menggerakkan hati dan fizikal untuk berusaha. Masih terkenangkan halusnya pasir di sini...tak pernah jumpa pasir sehalus tu.

Cuti Cuti Pulau Redang 2D1N - Day 1

Image
Assalamualaikum.. Pejam celik pejam celik dah pun masuk November...aahhh cepatnya masa berlalu. Dah hujung tahun dah rupanya..kesibukan dengan rutin menyebabkan blog ni banyak terabai.. Sebenarnya, bukannya tak jengah langsung blog ni ..ada je mai jengah..cuma ntah la malas nak update. Kisah percutian ke Pulau Redang ni pun dah lama sebenarnya, dah melewati 2 bulan lebih dah rasanya. Kami ke sana cuma satu malam je, cukuplah nak lepaskan hajat dan keinginan diri sendiri serta anak-anak. Percutian ni adalah percutian bajet saja. Kami memilih untuk menginap di Asmadi Guesthouse. Nanti Kak Aya buat satu entry mengenai Asmadi Guesthouse ni selepas ni, kalau ada yang berminat nak tau lebih details. Kak Aya gerak dari rumah menuju ke Jeti Merang sekitar jam 8 pagi. Bot bergerak sekitar 9.30 macam tu, jarak dari rumah ke Jeti Merang tu tak lah jah sangat, dalam 30 minit je. Dah cantik dah Jeti Merang ni sekarang, dulu kerap jugak datang saja saj