Posts

Showing posts from August, 2017

Novel Rahsia Perindu - Ramlee Awang Murshid

Image
Kak Aya memang peminat novel sejak umur  belasan lagi..TAPI bukan novel-novel Ramlee Awang Murshid (RAM). Melihatkan sahabat Kak Aya tu buat koleksi semua novel RAM, Kak Aya macam salute la kat dia, sebab kami selalunya mempunyai citarasa yang sama TAPI tidak tang novel RAM ni. Hari berganti bulan berganti tahun, koleksi novel RAM kepunyaan sahabat Kak Aya tu kian bertambah, Kak Aya tetap tak ada keinginan untuk membaca, dulu pernah cuba baca tapi rasa macam "tak boleh pergi". Hairannya , sejak seminggu dua ni tetiba tergerak hati nak baca novel RAM..hmm apakah selera mula durhaka terhadap tuannya? Mulanya tu terpandangkan Novel Anugerah Pertama, dirak perpustakaan..Kak Aya pinjam, dalam hati ni mesti novel cinta. Kak Aya balik rumah baca 1 bab je kot...rasa tak boleh pergi..terus stop bacaan..seminggu kemudian Kak Aya terus pulangkan semula..lepas tu ada beberapa novel RAM yang lain. Aku Bercerita, Ungu Karmila, Imaginasi, Sunan, Mikh

Balik Bermalam

Image
Ni tahun ke 2 dah anak dara Kak Aya kat asrama. Tahun lepas dia balik bermalam setiap 2 minggu sekali,tahun ni sebulan sekali dapat balik bermalam. Kak Aya memang harapkan dapat balik bermalam setiap 2 minggu tu kekal sampai bila-bila rupanya setakat tahun lepas je. Walaupun zaman kak Aya kat asrama dulu dapat balik rumah sebulan sekali je, zaman anak ni pandai pandai je berharap anak balik lebih kerap. Menurut kata Nadhirah, ada parent yang komplen asyik kena jemput dan hantar anak je setiap 2 minggu...atas sebab itu la , balik bermalam jadi sebulan sekali. Ada ibubapa yang senang anak pulang sebulan sekali...ada yang suka anak pulang lebih kerap.. Masing-masing ibubapa ada pandangan tersendiri. Kalau dia pulang bermalam, memang happy la satu family kecil kami..walaupun dia selalunya habiskan banyak masa dengan tidur je..asal balik je mesti tidur macam baru balik dari medan perang. Dulu kita tak ada la macam tu, rasanya kalau balik untuk tidur je memang kena azan

Menanti saat kenduri menyambut menantu

Image
Kurang 3 minggu lagi, Insyaallah keluarga Kak Aya bakal menerima ahli keluarga baru..adik kak aya bakal berkahwin pada 26/8/2017 ni. Majlis Menyambut Menantu bakal di adakan dirumah mak Kak Aya, Insyaallah pada 28/8/2017 Terus terang, Kak Aya sangat teruja sekali untuk berkumpul seluruh ahli keluarga kecil kami dan jiran-jiran tetangga akan datang membantu masak memasak. Kali terakhir kenduri begini pada 2011, lepas tu tak ada sebarang majlis kenduri lagi selain majlis doa selamat kecilan. Ni gambar throwback ketika menyambut menantu 2011.

KELABU

Image
Saja je share gambar nak sekeping di pagi Syawal yang lalu. Suka tengok gambar ni sebab memang sekeping je pun yang ada. Tema warna pilihan si kakak. Ahli yang lain main setuju je la. Semua pakaian beli di Kenanga WholeSale kecuali baju tuan blog, beli kain dan tempah jubah. Orang bersaiz special memang kena tempah, tak boleh main beli yang dah siap macam orang lain. Kami beraya di Tampin, Rembau dan Terengganu. Hmm raya haji tak lama lagi dah kan...tak sabar....sebabnya cuti tu nanti adik kahwin, nak bercuti cuti sehari dua lepas tu sambut raya haji di rumah mak kak aya. Salam Aidiladha..eh awalnya hik hik..terlebih dos gembira ke apa..

Nasi Lemak Sempoi.

Sejak akhir akhir ni rajin betul nak masak nasi lemak petang-petang hari. Balik kerja, terus berpusing berputar ligat siapkan segala bahan untuk nasi dan sambal..sambil tu jugak rebus telur. Tung tang tung tang hampir sejam siap. Nasi lemak sempoi je. Nasi, sambal, telur rebus, timun dan bilis goreng. Masak nasi tu 2 pot je, daun pandan yang ditanam sendiri belakang rumah tu kurus haluih je..tapi bau menyengat , santan tak terlalu pekat tak jugak terlalu cair. Satu rumah berbau pandan. Segar je bau pandan dan rasa macam nak makan satu periuk...eh bukan la nak makan periuk, kot ye pun kak aya sekarang dah macam gorila, makan masih pada tahap normal lagi. Untuk sambal pulak, bawang kecik , bawang putih , cili , belacan diblend bersama. Tumis macam biasa, masukkan air asam ..semua step macam biasa je la. Nanti-nanti setiap yang Kak Aya masak, Kak Aya nak catat semua dalam blog ni..berserta gambar sekali. Baru la hidup ceritanya. Lepas makan 3 beranak

Senja nan Merah

Image
Tajuk je senja nan merah...gambar sebenar kelabu asap... Masa ni dah hampir sangat dengan waktu Maghrib. Balik kampung wajib datang menjenguk laut yang setia menghempas pantai...memandang liuk lintuk pokok kelapa ..ohh sabar la hati...lagi 2 minggu lebih je lagi...Insyaallah daerah ini pasti dilewati lagi. Pantai Telipot...mung tunggu aku balik ye..

Doaku mengiringi kepergianmu

Petang tadi, sampai rumah dah hampir pukul 6.30, kelam kabut solat Asar, tadi tak sempat nak solat di pejabat. Lepas tu teruskan berkelam kabut dengan bertaekwando di dapur. Masak nasi, rebus telur, tumis bahan tumisan untuk dijadikan sambal telur. Masa aroma sambal menusuk hidung , terdengar suara orang memberi salam. Adik ipar kepada jiran sebelah rupanya. Dia datang nak bagitau Kak Ipar dia nak berangkat menunaikan haji malam ni. Terkejut jugak la Kak Aya...walaupun kami ni nama je jiran tapi ntah lah, kesibukan yang menjarakkan kita. Sedih jugak dengan kehidupan di kota ni....muka jiran pun susah nak nampak..masing masing awal pagi dah keluar, terang hampir bertukar gelap baru sampai rumah semula. Setiap masa berperang dengan masa hinggakan ada yang lebih penting pun terlepas pandang. Macam kak aya ni, jiran dah nak berangkat baru dapat tau..kadang tu rasa teruk sangat Kak Aya ni sebagai seorang jiran. Jiran Kak Aya tu menunaikan haji bersama salah sorang abang

Asam Pedas Untuk Dia

Semalam anak dara ada call membuat permintaan . "Mama....masakkanlah untuk kakak , asam pedas tenggiri & sambal belacan..mama bawak nasi sekali,kita makan ramai-ramai...anggap la permintaan ni sebagai hadiah birthday kakak." Mak mana lah yang sanggup hampakan permintaan si anak kan? Tambah tambah kalau permintaan tu bukanlah permintaan yang besar dan berat untuk ditunaikan. Makanya, pepagi ni berkejaran la mama ke pasar..padahal naik kereta dah kenapa nak kena berkejaran? hi hi. Beli tenggiri dan peha ayam, cili api , daun kesum, timun batang..itu je yang dibeli, tak padan dengan berkejaran. Balik rumah sepantas kilat mak ko ni menyiapkan segalanya..ni dah settle masak segala, ngadap blog jap..haruslah catat. Ayam tu kak aya goreng je, ayam goreng berempah...guna resipi yang dikongsi oleh Nornabila , isteri pelakon Sharnaz Ahmad, ambik ko mak siap tiru resipi retis, kalau tak sedap, tak tau la nak. Sambal belacan tu letak mangga muda..phewww  Asam pedas re

050817 - 14 tahun lalu

Image
Pejam pejam celik celik ..14 tahun dah rupanya. Masih terkenangkan sakit yang sungguh panjang, luka yang agak banyak, pendarahan yang agak banyak, masa untuk sembuh agak lama berbanding 2 anak yang lain. Alhamdulillah..Syukur sangat-sangat, anak itu membesar menjadi remaja solehah sekarang ni. Dia tak balik bermalam minggu ni, jadi sempena birthday dia hari ni, kita anak beranak la yang ke asrama..dia cakap tak perlu kek pun tak apa, cukuplah sekadar bawak nasi berlaukkan asam pedas dan sambal belacan je Walaupun dia cakap tak nak kek, kena beli jugak kek sebab Zahra pulak yang over, asyik meratib ratib nak kek nak kek nak kek...tau la tak celebrate birthday dia hari tu..esok beli kek untuk cover semua , mungkin beli 5 slices, senang masing-masing punya kesukaan, 5 slices untuk 5 orang ahli 5 tarikh sepanjang tahun ni hi hi..betul betul jimat ni , semua kumpul sekali sepanjang tahun. Tahun lepas punya ni..

Sesekali ..

Image
Tak tau nak cerita apa pun sebenarnya, kebetulan ada beberapa keping gambar yang dah ditransfer ke PC, pilih2 share je la. Sesekali makan jauh hingga ke Midvalley ( Little Penang) Sesekali makan di Domino. Sesekali bergambar berdua Sesekali menggunakan LRT untuk KL Ok la itu la SESEKALI untuk dishare kan...nanti jumpa gambar SESEKALI yang lain, kak aya share lagi. p/s: tak keluar pulak caption pada gambar...pelik la pulak....

RANDOM

Image
Sesekali teringatkan blog, time tu la baru gigih nak buka, belek-belek..lepas tu berkurun pulak tinggalkan. Tahun belum cukup 10 entry pun lagi rupanya..bagusnya Kak Aya ni... Kalau masih ada yang sudi menjenguk, terima kasih banyak banyak. Sekeping dua gambar masa di Gold Coast Morib hari tu. Dalam bilik hotel di Gold Cost Morib. Lobby area. Depan bilik masa nak check out. Cuti sekolah akan dtg pulak tak lama lagi....kali ni adik kak aya kahwin ketika cuti sekolah akan dtg,kebetulan sekali dengan cuti Hari Kebangsaan dan Hari Raya Haji, Kak Ayaa ada plan untuk short vacation bersama keluarga kecik Kak Aya. Kalau jadi, Insyaallah Kak Aya update cerita dan gambar di blog ye!