Posts

Showing posts from December, 2015

UJIAN KECENDERUNGAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 2016

Alhamdulillah, Nadhirah akan menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM untuk Tingkatan 1 2016 pada 15/12/2015 di MRSM Kuala Terengganu. Ni Kak Aya ambik daripada Laman Web Mara. Ada Ujian Lisan dan Ujian Bertulis secara objektif.  Matematik – (40 soalan )  Sains – (50 soalan) Keperibadian – (100 soalan ) Pakai pakaian sekolah ketika Darjah 6 , kalau Pengawas Sekolah, pakai baju pengawas. Sila bawa bersama cetakan borang permohonan, salinan slip gaji ibubapa dan sijil-sijil Kokurikulum yang telah disahkan. Kad pengenalan, Alat tulis , Minuman dan makanan perlu dibawa. Alhamdulillah, pada tarikh itu memang Kak Aya dah apply cuti untuk balik kampung..MRSM Kuala Terengganu tu dalam 5Km je dari rumah mak. Semoga Nadhirah dapat menjawab dengan baik dan ada rezeki untuk diterima belajar di MRSM.  Debaran seorang ibu terhadap anak-anak tiada penghujung.

YAM TUNKU JALIL MANGKAT

Assalamualaikum Alfatihah. Terkejut jugak tadi,lepas solat Maghrib, terbaca berita kemangkatan YAM Tunku Jalil di IG.. Petang tadi Kak Aya lepak-lepak dengan Ucu, hari ni Ucu sangat tidak sihat..selepas pulang daripada dialysis memang dia betul-betul tak larat..sedih jugak la kak aya tengok keadaan Ucu..dia cakap mungkin kesan dialysis dan kesan ubat yang diambil sebab demam, batuk dan pening. Kita orang borak-borak la pasal arwah Yus , arwah Mariani...lepas tu Ucu cakap, terasa kian dekat je masa untuk tinggalkan segalanya ( memang kak aya sebak dengar dia cakap macam tu)..Sorang demi sorang saudara dekat, saudara jauh pergi menemui Pencipta, kita yang sakit terlantar macam ni sangat terasa kematian kian mendekat.. ( ***sebak) Lepas tu dia teringat la akan YAM Tunku Jalil yang sedang gering..katanya, YAM sangat baik, merendah diri..Ucu suka juga tengok FB Page Almarhum , time Ucu buat dialysis, tengok-tengok page  Almarhum  terasa la kuat sebab  Almarhum   pun sakit tapi kel

Umar Faris dah genap 9 tahun!

Image
Alhamdulillah hari ni genap 9 tahun usia anak bujang saya, Umar. Alhamdulillah syukur, dah pun bersunat 2 minggu lepas....dah jadi anak bujang. Ketika entry ni ditaip, jam 10.50 malam, Umar masih berharap abahnya pulang membawa sebiji kek coklat. Walhalnya abahnya dah pesan, jangan tunggu sebab abah balik lambat malam ni kena siapkan report untuk management meeting. Masih terkebil-kebil menunggu abah..kejap kejap diselaknya langsir, intai kot-kot abah dah balik. Esok la kita celebrate, malam ni kita tidur awal, ye Umar. Mama bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang sangat bertuah.! Doa mama semoga Umar akan menjadi anak yang soleh, berjaya dunia akhirat,dipermudahkanNYA segala urusan. p/s: nak tulis panjang lagi tapi dia sibuk je menempel kat tepi ni ha.. Selamat malam semua.

Serasi Bersama

Image
Assalamualaikum ( jem sangat ketika taip entry ni ..guna hp) Sorang underweight Sorang obesity Sorang hadapi masalah semua saiz baju ada la besar  Sorang semua saiz baju adalah kecik.. Alhamdulillah. Bahagia kami seadanya dengan kekurangan dan kelebihan yang kami miliki.

TIps untuk Kawal Darah gemuruh

Assalamualaikum Malam ni agak awal mengadap blog...zahra masih belum sihat..tidur awal tapi tak begitu lena sangat tidurnya. Sementara dia sedang terlena, cepat-cepat update blog. Ni kisah kak aya, memang teruk darah gemuruh. Ada tip atau apa-apa doa khas untuk hilangkan darah gemuruh tak? Kak Aya join kelas talaqi kat ofis, dah lama tapi sampai hari ni masih lagi mengaji dengan suara mengigil bergetar getar...malu jugak la kan bila ada yang gelak. Memang ketara bunyi getaran suara..tiap minggu macam tu... Ada siapa boleh bagi tips tak? Nak menaip panjang lagi tapi dah terjaga pulak dah anak dara sorang tu..ok nanti jumpa lag ye.

Ujian Kehidupan

Assalamualaikum Jam 2.47 pagi sekarang ni. 2 minggu ni memang minggu minggu yang mengujikan. Ujian sakit memang ujian berat kecuali bagi orang yang sabar Macam ustajah pulak kak aya dinihari ni. Betul kan? Diuji dengan kesakitan memang kita rasa kita la paling teruk diduga walhalnya diluar sana lagi ramai yang berat penanggungannya berbanding kita yang hanya diuji manja je oleh Allah. Syukur Alhamdulilah. Bermula dengan suami yang demam dan batuk. Sakit kepala pun boleh tahan jugak serangan hendapnya. 2 hari MC. Ucu pulak ada appointment dengan pakar fistular di HUKM. Asalnya kak aya yang akan menemani Ucu tetapi kebetulan Umar tiba-tiba mendapat tarkh untuk bersunat lebih awal daripada yang kami cadangkan. Jadi kak aya mintak adik yang kat kampung (ayahde) tu datang temankan Ucu. Kuasa Allah memang Hebat..adik datang dari Terengganu untuk menemani Ucu ,memang betul-betul menemani Ucu di HUKM untuk hari tu je sebab dia pulak demam teruk..sangat teruk demam tu sampai