Posts

Showing posts from March, 2014

Kisah Umar dan Kotak Mesej

Image
Assalamualaikum, Nak share satu cerita,,,pada saya sangat kelakar la sebab saya ni memang orangnya adalah lambat pick up sikit jenisnya. Jumaat lepas, ambik Umar daripada sekolah, masuk je kereta dia bagitau dapat hadiah. Umar : Mama...Umar dapat duit 3 ringgit untuk hadiah saguhati Pertandingan Hafazan, Umar dapat tempat ke 4. Saya: Alhamdulillah...RM3 pun takpe, yang penting Umar dah berusaha sungguh-sungguh menghafaz hari tu. Umar: Duit tu dapat dengan kotak mesej. Saya: Kotak Mesej? Kotak apa tu? Umar: Alaaaa...kotak mesej yang macam dalam handphone mama tuu... ( dia lukis dengan tangan tergawang-gawang, isyarat kotak) Saya: Mama tak faham la..mesej ke maxis? Umar: Mesejjjjj..kotak mesej... Saya: Ok ok nanti kita sampai  kat transit kakak, Umar tunjukkan  pada mama macam mana kotak mesej tu. Sampai di transit ..laju-laju dia ke tempat duduk belakang, keluarkan kotak mesej... Umar: Ni haaa..kotak mesej..tak tau ke ??? Laa haaiiiii saya tergelak besar atas kelembapan sendiri... Env

UMAR DAN LELAH BERPISAH TIADA

Image
Assalamualaikum, Risau betul bila cuaca berjerebu begini..biasanya kalau jerebu mesti Umar senang dapat lelah. jadi ibu ni semua benda kita risaukan..bukan takat risaukan duit ringgit, kerja rumah, kerja ofis, cuaca pun jadi hal jugak untuk dirisaukan. Satu lagi, kalau cuaca panas macam sekarang ni , kalau dah panas sangat tu tekak sentiasa kering, Umar memang akan curi-curi bila minuman berais di sekolah.  Tau je la orang ada ASMA ni memang bermusuh ketat dengan ais dan habuk.  Isnin lepas Umar dah mula menampakkan tanda-tanda kurang sihat.  Tapi dia tetap ke sekolah macam biasa. Umar tak ada masalah nak ke sekolah tapi kalau tak sihat tu memang laju je cakap tak nak sekolah. Macam pagi-pagi Selasa tu , celik mata je terus bagitau tak nak pergi sekolah. Sakit kepala, katanya.  Bila rasa badan dia, panas sangat. Dah start risau dah.... Jadi hari tu dia dapat mc. Doktor cakap demam je, paru-paru ok. Rabu ke sekolah seperti biasa tapi time petang nak jemput dia mema

Menuai Hasil Berblog:TQ Nuffnang

Image
Assalamualaikum, Tadi buka email sebab nak check 1 perkara yang lain tetapi terima sesuatu yang lain pulak. Hmm yang ditunggu tak kunjung tiba tetapi yang memang tak ada dalam ingatan muncul pulak. Saya memang tak ingat tentang duit hasil berblog ni yang saya keluarkan pada 1/12014 hari tu.. tup tup terima email daripada NUFFNANG. Alhamdulillah...syukur.. Ini adalah saat yang menggembirakan bagi mereka yang bergelar blogger. Tak kira la nilai besar atau nilai kecil, kepuasan berblog itu lebih penting. Jumlah RM172 tu sebenarnya bukan la untuk sebulan, bukan jua 2,3 bulan tetapi menjangkau  hampir 2 tahun hu hu..lama tu...kalau di bahagi dengan 20 bulan dapat berapa agaknya sebulan ye? Kira la sendiri ehh... Sebenarnya tahun lepas adalah tahun yang sangat lemau..3 bulan morning sickness memang  benci gila dengan blog..tengok pc pun rasa nak muntah. Lepas habis morning sickness, mai pulak sedikit dugaan lain...masalah bleeding..mula tu dah ma