Posts

Showing posts from February, 2014

Cuti-Cuti Terengganu

Image
Assalamualaikum, Ini sebenarnya entry mengenai balik kampung hari tu.. bukannya seperti yang anda fikirkan.. bukan entry percutian. Balik kampung sempena Tahun Baru Cina. Dah kampung saya di Terengganu dan time tu memang saya sedang bercuti.. Jadi kena la kan dengan tajuk Cuti-cuti Terengganu. Balik hari tu adalah balik kampung yang paling singkat.. 3 hari je sebab sekolah Nadhirah dan Umar cuti pada hari Jumaat je.. Isnin depannya tu dah pun sekolah. Rasa agak tergesa-gesa tetapi ini la cuti balik kampung yang paling best. Biasa kalau balik kampung mesti memerap je. Tapi tidak untuk kali ini. Adik sekeluarga pun balik jugak, makcik ikut sekali. Itu yang menambah perisa keseronokan tu. Bertolak Khamis malam Jumaat , jam 10 malam. Sampai di Terengganu pukul 3 kot..eh lupa la. Lebih kurang la kot.. Jumaat lepas solat Zohor, kami pakat lepak di tepi laut. Pantai Telipot..ala dah selalu pun up gambar pantai ni .. Tak jauh mana pun dari rumah. Bawak bekalan b

NUFFNANG: Buffered Earning Jan & Feb 2014

Image
Assalamualaikum, Bajet macam popular sangat agaknya nak tunjuk-tunjuk jumlah BE, padahal hanya berapa ringgit je pun..tak apalah semua ni rezeki. Dah lama sebenarnya tak jengah Dashboard NUFFNANG ...last jengah masa 1 Jan hari tu...itu pun  sebab nak cashout kan earning. Dapatlah RM172 hasil berblog dalam tempoh 2 tahun..banyak tu je? Okla sebab kita tahap  blogger dingin je pun..dapat banyak tu kira macam satu bonus jugak..siapa nak bagi kita free-free macam tu je kan? Patut bangga la sikit dengan hasil usaha sendiri. Salah satu azam tahun baru 2014 ni nak aktif berblog tapi tak berani dah  rasanya nak azam  sangat mengenai ni sebab tau tahap kemampuan  saya macam mana. Kalau ada masa, ok saya akan mengadap blog..kalau tak ada masa, biar je la kan.. tak ada la  sampai nak tunggang terbalik menekan keyboard . Saya respek dengan blogger yang boleh konsisten up entry setiap hari  walaupun mempunyai  anak kecik, kerja melambak..betul saya sangat respek! Bukan takat

Anak Bapak

Image
Assalamualaikum Susah benar nak jengah blog sekarang ni...bukan susah sikit-sikit tapi susah banyak. Bajet macam la dia sorang ada anak kecik..:) Ok taip laju-laju, kang tak pasal-pasal tak sempat publish. Kisahnya, anak ke 3 ni nampak condong ke arah menjadi anak abah... pantang tengok abah mula la dia terkinja-kinja mintak diambik.. kadang-kadang dia terdongak-dongak ke arah atas tangga..seolah menunggu  abah eh turun. Ni ketika saya ralit menaip ni, dia sedang bergumbira atas dukungan abah ... bukan main galak  lagi dia...ala-ala tunjuk eksyen pada saya,  kononnya dia sorang je ada abah.. Banyak akal dah sekarang ni ...sikit-sikit mintak didukung... lagi satu dia tak nak dah  dengan orang lain selain abah dan mama... dengan akak pun ikut mood je. Suka main handphone, suka main remote Astro - rasanya normal kepada  semua budak kecik. Kalau orang yang tidak dikenali menegur dia, secara automatik dia akan meraung menangis... sebiji macam mama masa kecik du

Ameerah Zahra kini menghampiri 8 bulan

Image
Assalamualaikum, Lama tak update mengenai anak dara cilik saya ni. Tak mampu nak taip panjang-panjang. Ni dia tengah temankan mama menaip, sebelah tangan dukung dia, sebelah tangan tekan keyboard dan sambil berdiri lagi tu. Gigi dah ada 2 batang. Berat dah 8.5kg. Dah pandai rebut makanan orang. Tidur lewat tiap malam. Tengok gambar je la..penat gila taip berdiri berdukung macam ni heh.. Ehh pandai pulak dia gelak terkejeh kekeh tengok gambar-gambar dia ni.