Alkisahnya, saya ni sakit perut sejak petang semalam hinggakan langsung tak dapat lelapkan mata sepanjang malam tadi, sakitnya disekitar bawah tulang rusuk kanan ke kiri, keras sangat bahagian tu..bila ditekan dan diurut terasa sengkak sekali...dah jenuh sapu minyak panas, tak jugak keluar angin. Menjelang Subuh tadi, saya muntah-muntah angin, lepas tu terus lega dan dapat lena hingga 6.30, syukur sangat rasanya walaupun sekejap je dapat lelapkan mata. Pagi tadi, sampai ofis terus takut-takut nak makan, risau kalau-kalau sakit perut semula, dalam risau-risau tu habis satu bekas polisterine bihun goreng panas-panas dari foodcourt. Sekitar 12 tengah hari perut kembali sakit, sengkak semacam, terus ke klinik ofis, doktor cakap mesti makan banyak cili beberapa hari ni, perut berasid, kena kurangkan makanan berlemak dan berminyak serta jauhi makanan pedas untuk beberapa ketika. Memang betul la, sejak Rabu minggu lepas, saya macam tak boleh kalau tak ada cili padi, o
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih menyedut udara segar pagi ni. Masih dikurniakanNYA tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang waras, anak-anak yang sihat membesar, rumahtangga yang aman bahagia. Lagi 2 tahun dah nak cecah 40...bukan usia yang sedikit tetapi bukan bermakna sudah tua hi hi tak ngaku tua ke? Bukan tak ngaku tapi perkara tu semua orang tau dan faham, yang penting pengisian kehidupan kala usia makin meningkat. Semoga saya menjadi lebih baik dan lebih baik dan lebih baik dalam segala hal walaupun mustahil kerana kita sebagai manusia biasa pasti ada kelemahan namun niat yang baik pasti diredhai Allah. Sekurang-kurangnya dapat jadi lebih baik berbanding hari-hari yang telah di tinggalkan . Nampaknya cuaca terang benderang hari ni , segalanya pun nampak tenang je. Satu permulaan usia 38 tahun yang baik nampaknya. Hmmm.....tadi suami tanya , nak apa-apa ke sempena birthday ni? Saya cakap nak duit puluh-puluh ribu, nak bayar hutang segala hutang piutang dan lepas tu na
Boleh tak sesapa kat sini bagi sedikit tip, idea, sokongan anda semua kpd saya ni , mcm mana nak mulakan usaha kuruskan badan tanpa menemui kegagalan dlm erti kata lain terus mencuba dan berusaha hingga ke titis peluh terakhir he he.... tak mau lagi dah cuba ubat kurus, herba, atau apa2 ubat yang mempercepatkan proses penurunan berat badan tp nak cuba cara semulajadi...banyak rujukan tentang pemakanan dan senaman yang ada dalam simpan saya tp nak usaha secara istiqomah tu tak tau mcm mana ...asyik2 GIVE UP di pertengahan jalan je. Please help meee.... Nak tengok gambar terbaru saya? Mmg dasatlah bentuk badan yang boleh dikatakan sebagai tidak berbentuk. Tengok separuh badan pun dah boleh agak mcm mana separuh lagi he he... Berat saya naik mendadak semenjak awal tahun 2010...oh semakin runsing memikirkan hal semakin terbuka pulak selera makan ...
Comments
Post a Comment