Minggu Ke 29 Kehamilanku

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik dah sampai ke minggu 29 dah..lagi 11 minggu kalau tak ada apa-apa perubahan takdir oleh NYA, Insyaallah lahirlah seorang lagi khalifah kecil.

Di minggu ke 29 ni:

1. Perut memang ketara sungguh kemajuannya ...nampak besar dan badan makin rendang.

2. Tiada posisi tidur yang sesuai , semuanya tak selesa...akibatnya ntah berapa kali terjaga sepanjang waktu tidur.

3. Kesan regangan pada perut sangat ketara.

4. Extra letih. Kalau boleh balik dari pejabat tu terus nak baring, tapi itu dalam mimpi je la..kalau time mengandung anak pertama dulu, berangan macam ni rasanya masih boleh dipertimbangkan tapi ni kali ke 3, sendiri fikir la .

5. Kalau boleh nak ada driver sendiri yang hantar dan ambil dari tempat kerja...he he ini sungguh payah nak jadi kenyataan walaupun bukan la mustahil. Tapi buat masa ni,selagi boleh drive, sila la drive ye!

6. Selera makan berada di tahap paling maksima.Saat ni saya terkenangkan masakan tumis belacan yang arwah tok saya pernah masakkan untuk saya ketika saya nak ke asrama, berpuluh tahun lampau. 

7. Saya masih belum tau jantina bayi dan belum beli apa-apa kelengkapan baby dan apa-apa set bersalin untuk saya.

8. Panas! panas !panas! siang malam rasa panas berbahang, berpeluh-peluh walaupun dalam aircond di pejabat..aduhhh sungguh tak selesa tapi tak apa, semua ni adalah normal saja bagi ibu-ibu mengandung.

Sekian..catatan untuk malam ini.

p/s: apa cerita ibu-ibu mengandung yang lain?




Comments

  1. macam macam ye keadaan ibu mengandung :)

    Date: 1April 2013.
    Assalamualaikum / Hai. Minggu pertama April dimeriahkan dengan promosi berikut :

    Maixara C Sential : Kini RM 90/ RM 94 .
    Lihat : http://ieraassyiera.blogspot.com/2013/03/maixara-c-sential-mencipta-fenomena.html

    Solid fiber vit c (menguruskan dan mencantikkan seawal seminggu)
    Kini RM 56/ RM 60. *boleh tawar
    Lihat : http://ieraassyiera.blogspot.com/2013/03/cantik-dan-sihat-bersama-solid-fiber.html

    Aurawhite produk pilihan Hanez Suraya.
    Kini RM 135 / RM 145 + FREE SHAKER + FREE 3D WHITENING MASK + *FREE GIFT SET + FREE POS
    *Free Gift Set tu korang boleh pilih nak set mane satu :
    SET A : DETOX PATCH SLIM (GOLD) + GOLD LIP MASK
    SET B : DETOX PATCH SLIM (GOLD) + CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK
    SET C : GOLD LIP MASK + CRYSTAL COLLAGEN EYE MASK

    Lihat : http://ieraassyiera.blogspot.com/2013/03/demam-aura-white-harga-promosi-cepat.html

    SAH : (1 APRIL 2013---7 APRIL 2013)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sesekali ..

Rindu seorang ibu