uncleseekers.blogspot.com

2, 3 hari ni hangat betul dengan cerita Uncle Seeker ditahan polis. Nadhirah yang terdengar berita tu kat radio dalam kereta time saya sedang mengunci pagar, terus suruh saya berjanji untuk bukakan blog Uncle Seekers malam nanti. Malang la kalau berangan nak buka blog time Umar belum tidur, sudahnya berhari-hari berlalu hanya awal pagi ni baru sempat saya membuka blog Uncle Seekers.

Nadhirah bayangkan mesti banyak cerita hantu di dalam blog tu , sebab tu la ditahan polis. he he sabar je la kakak ni.

Saya sebenarnya dah lama gila tak terjah ke sini, bertahun dah kot gamaknya. Entrynya tak begitu menarik hati saya , mungkin tak sesuai dengan jiwa.

Tapi berita penahanan beliau membuatkan saya tergerak untuk menerjah blog beliau, nak tengok apa isi entrynya. 

Ok dah baca beberapa entry beliau yang sungguh banyak itu...no komen sebab memang tak tau nak komen apa pun,semuanya di luar bidang dan di luar pengetahuan am saya yang amat sedikit ini.

Nasihat kepada diri saya , menulis dengan penuh berhemah. Tiada nasihat untuk Uncle Seekers sebab dia memang tak akan datang ke blog ini pun hi hi.


2 comments :

Asmara said... [Reply to Comments]

Saya pun baru terjah bila tau dia kene tangkap polis. No komen jugak. Hehe..

Azian Elias said... [Reply to Comments]

tulah..kengkadang i rasa macam terkejut2 je kalau ada bloggers ni tulis bahasa2 yg agak kasar..

macam ni, "anak i kalau membuta"... well semua tu mmg tak manis.. sangat2..

Post a comment